Tuesday, April 26, 2011

MAHARAJA LAWAK..

sape layan maharaja lawak? angkat tangan... huhu... aku ni rumah takde astro, kesian....tp aku tgk youtube.. peh memang kegilaan aku la.. tapi aku tgk yg tertentu2 je.. yang paling aku suka JOZAN... hahaha.... suka,suka,suka sangat... tak kisah la orang nak cakap pe, aku tetap suka.. dan lain2 yang aku pasti dan mesti tgk SEPAH, JAMBU dan NABIL.. diorg best.

korang sokong mane? aku agak la kan, 4 ni la yang akan bertahan.. walaupun aku tak mengundi, kihkihkih....tapi aku tetap sokong...

JOZAN....

sekian..

CAKAP PASAL RM5...

hari tu masa basuh baju aku terjumpa RM5 kat mesen basuh tu. sah2 memang bukan aku punye.. tersepit kat celah2 lubang. aku pun tarik slow2, mak ai ada 2 keping rupanya.. atas kejujuran aku, aku bersihkan dan letak kat tempat yang berkenaan. lama aku tengok RM5 tu. mula aku terfikir, masih cantik lagi duit tu. memang tahan lasak dan kalis air.. bagus betul..

kenapa agaknya RM5 tu dibuat tak sama dengan duit RM lain. mungkin harganya mahal. tapi kenapa agaknya tak buat kat RM50 ke, kan ada RM50 baru tu kan, ada bunga raya, tapi kualaiti kertas sama je macam yang lain. mesti ada jawapan atas soalan2 aku tu kan.. ada sape2 boleh tolong jawab?

dulu RM2 dah dihapuskan, aku ingat lagi masa tu aku praktikal kat bank, semua duit RM2 yang masuk akan terus di hantar ke bank negara dan akan dilupuskan.. ingat tak yang RM2 tu nipis sangat dan mudah koyak. kan,kan,kan...

ape pun, tu semua ada alasan tersendiri. negara tengah nak maju kan, semua tu pasti ada pembaharuan. walaupun duit kita macam RM1 tu mudah koyak, tapi ia berguna pada orang2 yang tengah bercinta tau.. nak tau macam mane? hahhahaha... koyak kan jadi 2 duit tu, koyak secara spontan tau, takyah nak cantik2, pastu abang simpan satu, sayang simpan satu... romantiknye... hehehe.. duit tu ada satu je dalam dunia...

Saturday, April 23, 2011

PERMATA YANG DICARI

….Permata yang dicari…

Hadirnya tanpa kusedari,
Menggamit kasih cinta bersemi,
Hadir cinta insan pada ku ini,
Anugerah kurniaan Ilahi…

Lembut tutur bicaranya,
Menarik hatiku untuk mendekatinya,
Kesopanannya memikat di hati,
Mendamaikan jiwaku yg resah ini..

Ya Allah, jika dia benar untukku,
Dekatkan lah hatinya dengan hatiku,
Jika dia bukan milikku,
Tabahkanlah hatiku dengan ketentuanmu…

*Dia lah permata yang dicari,
Selama ini baru ku temui,
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi,
Apakah dia kan ku miliki..

Tidak sekali digodai nafsu,
Akan kubatasi dengan syariatmu,
Jika dirinya bukan untukku,
Redha hatiku dengan ketentuanMu..

Ya Allah….Engkaulah tempat ku bergantung harapanku,
Ku harap diriku sentiasa di bawah rahmatMu..'

CINTA DAN KETENANGAN....

ada sorang kawan aku kata, orang yang paling kita sayang adalah orang yang paling banyak sakitkan hati kita.. apa pandangan korang?

kenapa mesti macam tu ye? adakah benar cinta itu menyakitkan? bukan kah Tuhan memberi kita perasaan kasih dan sayang adalah untuk ketenangan hidup... tapi itu bahagian masing2... kita hanya merancang, tapi yang menentukan adalah Tuhan...segala2nya hak dia...


SubhanaAllah.....

ALLAHUAKBAR.....

syukur atas apa yang Tuhan dah tunjukkan pada aku.... aku sendiri tak terfikir yang aku akan sekuat ini.. Ya Allah, hanya Kau lah yang Maha Mengetahui... Hanya kau tempat aku berlindung..

kepada rakan2 pembaca blog aku, aku nak berkongsi peringatan pada korang. tentang kuasa doa... aku selalu fikir aku terlalu banyak dosa dan adakah Tuhan akan angkat doa aku.. tapi sebenarnya kasih sayang Tuhan pada hambanya takde tandingan.. Dia lah segala2nya... Dia lah yang sentiasa ada dengan kita...

berdoalah...kerana Dia sangat kasihkan kita.. sujudlah pada-Nya. semoga kita selamat dunia akhirat... amin...

Wednesday, April 13, 2011

KERJA,KERJA,KERJA....

zaman sekarang ni orang kata susah nak dapat kerja... hmmm..sebenarnya bukan susah nak dapat kerja, tapi susah nak dapat kerja dengan kerajaan... bersyukur la kepada yang dah dapat kerja yang baik tu.. tapi kalau bisnes sendiri pun bagus jugak.. boleh buatkan ekonomi keturunan kita makin kukuh... cuma banyak la dugaan dan cabaran nak kene tempuh... adat la tu kan..

hari tu aku pergi bank, pegawai tu tanya aku kerja mana, pastu dia kata kenapa susah sangat nak dapat.. maknanya pegawai bank yang dah bergaji besar tu pun masih mengharap nak bergelar penjawat awam.. apa pun semua tu rezeki masing2 kan..

kepada pencari2 kerja tu, usaha je la, jangan putus doa... dulu aku pun selalu kene bebel dengan mak aku, tapi nak buat macam mana, rezeki tu belum sampai.. yang penting, fikiran mesti positif. dan jangan buat kerja bukan2 yang boleh buruk kan lagi keadaan.. ikut je haluan hidup yang Tuhan dah tentukan untuk kita. jangan melawan arus... macam tu jugak soal jodoh.. soal ajal dan maut... semua tu dah ada ketentuannya.. percaya dan yakin pada yang Maha Esa..

Monday, April 11, 2011

INFO LELAKI...

aku terbaca satu perkara menarik dalam majalah.. info tentang apa yang buat perempuan terpikat pada lelaki...ehem2... sila lah lelaki beri perhatian.. info ni nampak pelik tapi bila aku fikir2, ada betulnya jugak kot... ini tentang 3 perkara...apa dia? hmmm... PARUT, UBAN, PELUH... hah, pelik kan... aku dah kata dah... jom kita risik2 sikit tentang info ni. mengikut kajian saintis di liverpool dan sterling university telah menjumpai bahawa wanita kaitkan parut dengan kesihatan dan keberanian..huhu.. parut tu bukan je menunjukkan kegagahan yang menjatuhkan lawan, tapi kekuatan hidup bersama dengan parut.. amacam? ada bran? hahahha... peluh ngan ubat apa cerrr? untuk pengetahuan kaum2 lelaki, wanita jugak mudah terpikat pada lelaki yang berpeluh dan beruban.. peluh tu seksi...wow.. memang seksi kot.. dan wanita hari ni suka pada lelaki yang beruban.. patut pun kita selalu tengok lelaki berusia kahwin dengan perempuan muda...kan?kan?kan? sekian untuk info kali ni...info ini sekadar info, tak ada kaitan dengan sesiapa ye..harap maklum..tepuk dada tanya selera..kihkihkih...

Saturday, April 9, 2011

SEMOGA CEPAT SEMBUH...

entri ni aku tujukan pada seseorang yang tengah tak sihat.. katanya tb2 rasa badan tak sedap, tekak sakit. orangnya agak sibuk 24 jam hingga tidurnya tak lena. bergerak setiap masa hingga lupa merehatkan diri dan minda akhirnya jatuh sakit. aku harap dan doakan semua yang berada di sisi aku pandai2 menjaga diri.. terutama rakan2 blog aku yang setia... tanpa korang tak berseri hari2 yang aku lalui... hehehe... ikhlas ni tau... tapi kadang2 bila kita terlalu rindukan seseorang pun boleh jadi sakit juga kan..ahaks... ayat macam orang bercinta la pula... dalam hati ada taman kot? kihkihkih... itu aku ceduk ayat kawan aku.. dia yang tengah bercinta...makan pun tak lalu... bila da jumpa pun, tak makan juga sebab da kenyang tengok muka yang tersayang... pelik betul... apa pun, kepada semua...jaga kesihatan.. kerana sebenarnya terlalu ramai yang sayang kan kita...

Friday, April 8, 2011

AKU YANG BARU...????

aku bukan maksudkan apa2 sangat pun dengan tajuk entri aku ni... dah lame tak mengarang dalam blog, hidup tetap perlu diteruskan.. chewahh.. terasa feeling aku lain sikit kali ni.. aku pun dapat rasa ada satu aura baru masuk dalam ruang hidup aku... aura yang buat aku rasa lapang hati sangat... tapi tak tau la apa... Allahuakbar.... korang betul2 faham tak peribahasa 'ada pelangi lepas hujan'.... dan korang betul2 sedar tak yang dalam hidup kita ni, setiap kedukaan tu memang ada hikmahnya.. aku dah mula merasakan sesuatu.... syukur.... tq Allah.... ehem,ehem..nampak pelik kan aku ni. aku pun terasa pelik.. korang doakan aku ye...