pernah tak korang yang perempuan2 ni, terutama yang ada pasangan yang sangat sibuk dengan kerja, batalkan temujanji kerana tiba2 si dia ada komitmen dengan kerja. rasanya mesti sakit sangat kat hati kan. tapi sebagai perempuan kita kene akur bahawa lelaki memang sangat2 mementingkan kerja. dan kita harus mengalah, kerana kita perlu terima dia seadanya, kita pun dah tau diri dia kan sebelum kita pilih dia.. maka.. berkorbanlah.. kerana anda tak akan rugi.. percayalah..
ape pun aku boleh bagi beberapa tips untuk korang cuba setiap kali si dia tak dapat tunaikan janji kerana kerja.
1. SENYUM.. kerana senyum itu ubat yang paling mujarab.
2. TARIK NAFAS DALAM2.. kerana ia membantu minda kita berfikir dengan tenang.
3. beritahu si dia bahawa anda berasa dukacita tetapi anda faham dan anda tak akan ambil hati atau merajuk... ingat!anda mesti beritahu perasaan sebenar anda supaya si dia tidak akan ambil mudah. tetapi anda juga perlu ingat jangan berlebih2 menyatakan kekesalan sehingga buat si dia rimas. lelaki sangat suka pada perempuan yang memahami dan bila anda mengalah sebenarnya anda akan buat si dia bertambah sayang..
4. MENANGISLAH... tetapi jangan menangis di depan dia. bila dah berulang2 temujanji dibatalkan. kita pula sebagai perempuan dah tentu la setiap kali dia berjanji kita sangat teruja, siap selongkar almari pilih baju apa nak pakai.. last2 tak jadi.. sampai satu tahap mesti kita rasa kecewa sangat dan nak menangis. menangis la sepuasnya tapi jangan sampai dia nampak tangisan anda. anda akan buat si dia rasa bersalah.. tak best la macam tu kan...
5. FIKIR POSITIF..bukan kah sangat baik bila si dia sibuk dengan kerja daripada sibuk dengan perempuan lain. betul tak?
6. BERI SEMANGAT DAN SOKONGAN... jadilah orang yang paling dekat dalam hidup si dia. tak kira ape pun situasinya.. beri kata2 semangat agar si dia sentiasa 'segar' dan tunjukkan bahawa walaupun dia selalu batalkan temujanji tapi anda tetap bersamanya dan tak pernah merungut.
7. BERDOA & IKHLASKAN HATI.... doa tu adalah senjata.. bila kita sayangkan seseorang, kita mengadu lah pada Tuhan agar terpelihara semuanya. sesungguhnyan Tuhan Maha Penyayang. bersihkan diri daripada segala buruk sangka dan sifat pentingkan diri. InsyaAllah.. kita akan bahagia bersama si dia..
kepada kaum2 hawa di luar sana, wanita diciptakan sangat mulia di sisi-NYA.. usahlah kita berlebih2 dan membuat kaum adam berasa susah hati... bersyukur lah kerana ada yang sudi menyayangi kita. selagi dia jujur dan bertanggungjawab, mengapa kita harus merungut2.. bukan mudah menjadi seorang lelaki...
percayalah.. si dia sangat sayangkan anda yang sentiasa ada bersamanya tanpa jemu. fahamilah si dia keseluruhannya... pasti si dia akan menjaga anda dengan baik.. :-)
selamat berbahagia...hehe..
No comments:
Post a Comment