Monday, October 31, 2011

BILA LELAKI BATALKAN TEMUJANJI KERANA KERJA

pernah tak korang yang perempuan2 ni, terutama yang ada pasangan yang sangat sibuk dengan kerja, batalkan temujanji kerana tiba2 si dia ada komitmen dengan kerja. rasanya mesti sakit sangat kat hati kan. tapi sebagai perempuan kita kene akur bahawa lelaki memang sangat2 mementingkan kerja. dan kita harus mengalah, kerana kita perlu terima dia seadanya, kita pun dah tau diri dia kan sebelum kita pilih dia.. maka.. berkorbanlah.. kerana anda tak akan rugi.. percayalah..

ape pun aku boleh bagi beberapa tips untuk korang cuba setiap kali si dia tak dapat tunaikan janji kerana kerja.

1. SENYUM.. kerana senyum itu ubat yang paling mujarab.

2. TARIK NAFAS DALAM2.. kerana ia membantu minda kita berfikir dengan tenang.

3. beritahu si dia bahawa anda berasa dukacita tetapi anda faham dan anda tak akan ambil hati atau merajuk... ingat!anda mesti beritahu perasaan sebenar anda supaya si dia tidak akan ambil mudah. tetapi anda juga perlu ingat jangan berlebih2 menyatakan kekesalan sehingga buat si dia rimas. lelaki sangat suka pada perempuan yang memahami dan bila anda mengalah sebenarnya anda akan buat si dia bertambah sayang..

4. MENANGISLAH... tetapi jangan menangis di depan dia. bila dah berulang2 temujanji dibatalkan. kita pula sebagai perempuan dah tentu la setiap kali dia berjanji kita sangat teruja, siap selongkar almari pilih baju apa nak pakai.. last2 tak jadi.. sampai satu tahap mesti kita rasa kecewa sangat dan nak menangis. menangis la sepuasnya tapi jangan sampai dia nampak tangisan anda. anda akan buat si dia rasa bersalah.. tak best la macam tu kan...

5. FIKIR POSITIF..bukan kah sangat baik bila si dia sibuk dengan kerja daripada sibuk dengan perempuan lain. betul tak?

6. BERI SEMANGAT DAN SOKONGAN... jadilah orang yang paling dekat dalam hidup si dia. tak kira ape pun situasinya.. beri kata2 semangat agar si dia sentiasa 'segar' dan tunjukkan bahawa walaupun dia selalu batalkan temujanji tapi anda tetap bersamanya dan tak pernah merungut.

7. BERDOA & IKHLASKAN HATI.... doa tu adalah senjata.. bila kita sayangkan seseorang, kita mengadu lah pada Tuhan agar terpelihara semuanya. sesungguhnyan Tuhan Maha Penyayang. bersihkan diri daripada segala buruk sangka dan sifat pentingkan diri. InsyaAllah.. kita akan bahagia bersama si dia..

kepada kaum2 hawa di luar sana, wanita diciptakan sangat mulia di sisi-NYA.. usahlah kita berlebih2 dan membuat kaum adam berasa susah hati... bersyukur lah kerana ada yang sudi menyayangi kita. selagi dia jujur dan bertanggungjawab, mengapa kita harus merungut2.. bukan mudah menjadi seorang lelaki...

percayalah.. si dia sangat sayangkan anda yang sentiasa ada bersamanya tanpa jemu. fahamilah si dia keseluruhannya... pasti si dia akan menjaga anda dengan baik.. :-)

selamat berbahagia...hehe..

Sunday, October 30, 2011

BIAR CINTA BERKATA-KATA...

hehhee...mood baeeekkk punyeerrrr...

bukan pe, aku ni tengah belajar tentang sesuatu.. hahha.. ader laaa..

kecundang, kecundang, dan kecundang... rimas betul..

hmmm...rupa2nya lelaki dan perempuan memang diciptakan sangat berbeza, sebab tu kedua2nya saling memerlukan, saling melengkapi..

aku takde niat nak citer pape kat sini, hahaha...saja buat korang suspen.. kihkihkih.. cuma aku suka dengan drama TV9 yang kat setiap akhir episod, akan ada ayat... 'BIAR CINTA BERKATA-KATA..' dalam masudnya tu...

huhu..

Sunday, October 9, 2011

SEDIHNYEEERRRR...

pagi2 aku bersemangat nak siram pokok serai ngan pandan yang aku tanam. tapi, bila aku buka je pintu...pokok tu da tercabut... sedihnyeeerrrrr...

aku pun tak pasti macam mane 3 daripada 7 batang anak pokok tu blh terbaring atas tanah..aku nak dirikan semula dah tak sempat.. jadi aku cuma boleh tengok dan berdoa mudah2an bila aku balik nanti, dia masih boleh diselamatkan..

tapi...aku pasti sepanjang hari aku akan rasa bersalah sangat pada anak pokok tu sebab tak tolong tanam dia semula..

kesian kan...aku memang sensitif sket pada nyawa2 pokok ni.. sebab aku dapat bernafas pun dengan adanya dia yang memang diciptakan Tuhan untuk bekerjasama dengan manusia...sama lah macam korang kan..

hmm...sekarang aku dah sampai office.. dan nak mulakan tugas2 aku. namun aku tak kan berhenti berdoa mudah2an aku dapat selamatkan nyawa mereka.

amin...