Saturday, May 21, 2011

JIMAT..

hp rosak, nak dibetulkan harga dalam RM120, kawan aku kata baik beli baru.. tapi aku fikir beli baru tak dapat yg sama ngn yg itu dengn harga RM120. walaupun hp da lama, tapi masih indah di hati aku..huhu.. kalau korang, beli baru ke atau betulkan?

aku bab2 hp ni aku mmg berkira sikit. selagi blh guna aku guna. aku tak pakai yg canggih2 sbb aku pun bukan perlu pun yg mcm tu. itu aku la, kalau korag mungkin berbeza pandangan ngn aku kot.

akhirnya aku betulkan je yg lame tu. dok cari2 yg baru ngn kawan aku takde satu pun yg memuaskan hati aku. ntah la, aku ni mmg agak cerewet kot. biar lama asal tak menyakitkan hati...

sekurang2nya aku jimat. kalau beli baru, nak kene tambah lagi beratus2.. betul tak? keadaan ekonomi aku pun bukan baik sangat. tak tau la ekonomi korang mcm mane. hehe... masing2 la kan..

ok la, tata...

OPOCOT!!!

HAHAHA....

ops...aku tak sengaja tergelak ok, bukan saje2 nak tambah sakit hati orng yg berkenaan..

ok,ok..aku nak cite pasal ape ni sebenarnye.. korang takyah garu2 kepala tu..aku nak cite la ni..

ahad lepas, bas aku kul 4 petang, nak balik KL.. ape? naik bas la...apesal? biar la, suka hati aku la nak naik bas...eleh...aku belum beli lagi la kereta idaman aku tu...nnti2 la aku beli.. huh..


aku naik bas 15 minit awal, sementara tunggu org lain naik, aku lemparkan pandangan aku ke luar tingkap. terlihat la aku seorang pakcik yg sedang melatah bertalu2.. ye...pakcik... betul,yg melatah tu pakcik.. sebenarnya itu la kali pertama aku tgk lelaki melatah..huhu..comel..

mula2 aku senyum..pastu aku tergelak sikit...sikit je ok.. tapi last2 aku kesian pulak..korang tau tak, pakcik tu antara penjual tiket kat kaunter tu.. tapi dia dok blah luar la kan. kawan2 dia...lelaki2 la juga..asyik cocok je pinggang dia.. pakcik tu melatah,pastu semua org tengok dia.. bila dia da melatah, dia buat muka tak tau je.. dia tak marah pun kawan dia tu.. tapi aku rasa mesti dia penat dan rasa malu..

tak baik la buat macam tu....aku pulak rasa nak marah.

dulu aku pun suka cocok2 kawan aku yg melatah..tapi pastu aku dapat penyakit melatah tu..baru la aku tau macam mana rasanye.. then Alhamdulillah bila aku da keje, takde org yg tau aku ni jenis melatah, jadi takde sape la yg cocok2 aku.. lame2 panyakit tu hilang sendiri.. syukur..

aku nasihat la kat korang jgn suka kacau org melatah..nak bergurau pun tgk tempat la.. kesian tau kat diorang.. lagipun melatah ni di luar kawalan, kalau dah tahap teruk sampai bersanggit2.. kalau dia tengah pegang pisau, silap2 terbunuh manusia di sekeliling dia. bahaya kawan2 oiii... beringat la ye...

aku berpesan2 je ni...jaga diri baik2, jaga jugak kawan2 kita ok..

MAAF YE...

aku minta maaf pada semua... aku dah jarang2 sangat buat entri.. fikiran aku tak tentu arah sekarang ni.. tapi aku tau aku tak patut biar blog aku sunyi...

aku minta maaf banyak2..

ape2 pun, aku akn usahakan untuk kumpul semula mood aku supaya aku boleh berceloteh semula macam mula2 dulu. aku sedar sekarag kalau aku buat entri pun asyik pasal perasaan, sedih, duka... buat minda korang lemah je kot. aku terbawak2 karaktor aku. maaf sekali lagi..

now, aku nak happy... berfikir dan bekata2 tentang perkara yang menyeronokkan je.. aku nak orang2 di sekeliling aku gembira dan bahagia. apa yang aku lalui itu hidup aku je la.. tak patut aku libatkan dalam blog aku ni. hilang warna la nnti kan..

ok la kawan2.. kita enjoy!!!

huhu...

Friday, May 13, 2011

SECEBIS KISAH DUKA...

"Sudah terlambat sayang...."

'Termenung aku membayangkan wajahnya yg suci dengan cinta. Sesungguhnya hanya Tuhan yang tahu betapa dalamnya kasih sayang aku pada dia..

Melepaskan insan yang paling indah dalam hidup...bukan perkara mudah, dan tak mungkin ada insan yang rela melakukannya.. namun takdir Tuhan melebihi segalanya... aku lakukan demi cinta, demi kedamaian, dan demi semua...

Dia adalah kebahagian aku, walaupun dia sudah tidak peduli, namun aku puas kerana telah meluahkannya... biar lah hanya Tuhan yang menilai kejujuranku. Namun, aku berdoa semoga aku bertemu dia di akhirat...

Aku cuba ingin melawan keadaan, tapi dia selalu kata sudah terlambat.. memang aku yang bersalah... Tapi aku terlalu cintakan dia... sedalam lautan luas, sebanyak pasir di pantai...

Sayang...nafas dan nyawa...

Ya Allah, Kau lindungi lah dia... kerana dia satu2nya yang aku cinta...

*kisah ini tiada kaitan dengan sesiapa. harap maklum. sekian.

Saturday, May 7, 2011

OH TIDAK!!!!

baru2 ni aku perasan perubahan fizikal pada diri aku. jari2 pun dah bulat2. ada kain aku yang dah tak boleh sarung... aku pun tanye kat member office...

aku : ko tengok jari aku dah bulat kan? aku dah gemuk la...

dengan muka tak berrsalah kawan aku tu jawab..

'bukan bulat la, tapi jari ko dah pendek...

huh, dah pendek sebab dah bulat gemuk la. ayat manis je dia ni. menyampah tau...

perempuan memang takut gemuk. sebelum aku rasa malas nak jaga badan, baik aku notice tentang benda ni. selagi boleh dibendung.. huhu...

yang pasti aku memang tak boleh tengok makanan. ditambah lagi aku tak makan makanan ringan, aku suka makanan berat macam nasi, mee, ayam.. yang panas2 tu...peh... tak tahan tu...menggoda aku..

macam mana nak bendung...baru2 ni aku balik kerja ternampak mee goreng yg biasa aku beli kat tepi jalan. RM1 separuh, tu pun banyak giler. murah. lagi la aku tak tahan nak beli. tapi hari tu aku tak beli, aku masuk kedai, beli roti.. ringan sikit, tapi bila kat rumah makan rasa tak puas. nak jugak mee tu. esoknye aku beli mee.hahaha...