Sunday, December 18, 2011

APE NI ASYIK TENGOK2 JE NI....

hahhaa... tak penting pun ape yg aku nak tulis kali ni. tapi saje je sekadar nak berkongsi cerita. sebenarnya kisah ni takde kaitan ngn sape2 pun... huhu...

aku buat dalam bentuk cerita novel eh..hahha.. tak la novel sangat pun.. jom, enjoyyy...

********************************************************************************

kusyuk aku membaca buku2 atas meja tu. memang best pun tu yang tak toleh kanan kiri. tiba2 aku terasa seperti diperhatikan. aku pun jeling. huh!! memang dia tengah tgk aku.

"ape?!" aku terjah dia.

"takde pape".. lalu dia kembali ke posisi asalnya..

hampeh..pelik betul dia ni.. aku ketuk nanti baru tau.
aku sambung kekusyukan tadi.. tak lama lepas tu... aku rasa kembali diperhatikan..

"ko ni kenapa, tengok2?" aku ulang solan tadi dengan nada yang lebih ayu seayu aku,hahaha..

"takde.." selamber je jawapan dia..

mujur la aku terasa malu, kalau tak da tentu aku terus bangun dan duduk betul2 depan dia, biar puas la hati dapat tengok je aku terus. huh..

********************************************************************************

tu je bahagian yang aku nak kongsi. bukan pe, just nak pesan, jangan suka curi2 pandang orang..

mesti antara korang penah berada pada salah satu posisi kan? hahahaha.... tau dahhh...

Monday, December 5, 2011

TENTANG CINTA....

wah, tengok2 tajuk dah terasa yang mood aku tengah jiwang..tapi tak karat ok... huhu..

aku just nak mengomel sket je pasal cintan cintun ni..bukan pe..hm...ish..susahnya nak cakap... ish,,malu lah pulak...hahaha.. aaaauwww!!

biasa lah kan, perempuan memang tebal dengan perasaan malu terutama bila cakap pasal cinta ni.. aku pun tergolong la jugak kan, sebab aku perempuan...huhu.. dalam aku tengah layan jiwang, search kat google, jumpa la beberapa blog cinta. ada yang aku tertarik bila penulis tu bagi tips untuk yang gadis2 ni..cara macam mana nak luahkan perasaan pada lelaki yang kita suka. pehh..aku tak tau la nak komen pe..sebab kata2 dia menggerunkan orang2 yang terlibat...hahhaa..betul...

jom aku kongsi sket..

tajuk : meluah cinta terpendam
http://shueqry.blogspot.com/


Cinta terpendam amat mengasyikkan. Setiap kali bangun pagi kemudian membayangkan wajah orang yang Anda cinta, entah cemana jadi bersemangat tetiba. Semua perkara jadi indah, nampak bercahaya di mata. Cinta terpendam membuat kita semakin rindu, semakin syok melayan.

Tapi, cinta terpendam amat berisiko. Jika Anda lambat meluahkan cinta Anda padanya, dia berisiko untuk dikebas orang terlebih dahulu. Anda mungkin menjadi orang kedua yang meluah rasa cinta padanya. Anda akan jadi ketinggalan. Oleh keranan Anda ketinggalan, maka peluang untuk Anda tertutup habis.

Cinta tak patut dipendam lama-lama. Ia patut diluahkan. Gunakanlah apa cara sekalipun, janji ia tak melanggar batas agama dan etika. Dengan teknologi hari ni, cinta boleh diluahkan dengan pelbagai cara, sama ada melalui sms, MMS, chat box, perbualan telefon atau simply melalui video YouTube.

Jangan tak taw, ada seorang gadis meluah cinta melalui video lalu memuat naik video itu di YouTube untuk diperlihatkan pada lelaki yang diminati olehnya. Hah, nampak tu. Cinta nyer pasal, terfikir dia buat video untuk meluahkan rasa cinta. Kagum saya dengan orang sebegini.

Masalah meluah cinta terpendam banyak dialami oleh para gadis. Sifat malu menghalang mereka meluah depan-depan, apatah lagi jika gadis itu kuat agamanya atau jarang bergaul. Tapi kalo gadis itu jenis yang rock dan selalu bersosial, meluah-luah ni dia dah biasa sangat. Bukan dia tak ada malu, tapi dia boleh mengawal rasa malu.

Anda, jika Anda memintati seseorang jangan pendam terlalu lama. Luahkan saja. Dia terima ke tidak, itu belakang kira. Janji, luahkan walau dengan apa cara sekalipun!

**********************************************************

harap2 penulis ni tak marah aku copy paste entri ni.

so, ape pandangan korang??? terutama yang lelaki2.. seram je aku baca. nak kene luahkan jugak ke? tak boleh ke tunggu dia yang luahkan? kalau kene tolak,ish malu la..

ape pun, aku belum ada cukup kekuatan.. aku??? eh,tak..maksud aku.. hmmm... maksud aku banyak perempuan memang tak x cukup kuat nak meluahkan...hahhaa.. mane blh... lelaki la yang kene cakap.. aduuuhhhhh.... macam mana ni????

Sunday, December 4, 2011

SI CANTIK MANIS YANG BERSEORANGAN...

hujung minggu yang lepas aku keluar la berjalan dengan sorang kawan.. dalam tren sempat aku pandang pada seraut wajah yang sangat ayu... sorang gadis yang putih gebu, manis bertudung dan nipis bibirnya.. wah..cik abg mesti dah dapat bayangkan perempuan tu kan,hah, lelaki memang cepat je bab2 ni.. heheh.. ok,ok..yang aku nak citer ni ialah... aku tengok dia keseorangan.. sambil galas beg tangan, termenung jauh ke luar tren.. apa agaknya ade kat fikiran dia ketika tu..

aku bukan pe, melihat kepada keadaan tu, aku rasa kekok.. sebab pe tau.. sebab bagi aku dia tak sepatutnya ke mana2 sorang2 macam tu.. nampak janggal bila sorang perempuan cantik jalan sorang2..betul tak bang??? hahahhaa... abg la ni kenapa tak nak temankan dia...kihkihkih...

tapi mungkin jugak dia tengah nak menuju ke suatu tempat untuk jumpa buah hati yang dirindukan.. mungkin lah kan..hahhaha...melepaskan la korang...dia dah ada yang punyer la... agaknya la kot..hahahha...

hmm..dulu aku pun selalu ke sana sini sorang2.. tapi baru aku perasan, gadis cantik macam aku ni..eh salah...eh, betul kot...hahhaha... maksud aku, nampak janggal la kalau aku jalan sorang2.. kalau aku tak perasan pun, mungkin orang akan pandang2.. patut la bila aku jalan, ade je jejaka yang nak cuba teman, ish bahaya tu.. dulu aku buat tak tau je, silap2 aku tumbuk dia, tapi sekarang aku tak berani... gilerrzzzz... kalau dia balas balik kat aku lagi la teruk... berani betul aku dulu... tak tau kenapa...hahhaa..

sebagai wanita, tak kira la bujang ke, dah jadi isteri orang ke, baik la jalan berteman. yang bujang tu, dapat jalan bertemankan lelaki lagi bagus, keselamatan lebih terjamin..wakahkah... weh, tapi bukan la lelaki yang sebarang2, kawan pun bukan boleh percaya sangat. macam aku, aku suka heret adik aku ke mana2.. jalan ngn lelaki ni kita rasa lebih selamat sebenarnya..

terutama lah yang cantik2 tu kan.. uish..bahaya jalan sorang2. walaupun pegi tempat yang ramai orang.. jangan...jangan... aku tak suka tengok... aku tak nak tengok.. aku sayang tau semua orang yang aku pandang.. aku nak semua orang dalam dunia ni selamat, terutama yang sama spesies ngn aku...

ape pun, ada ketikanya kita memang terpakse bergerak sorang2.. takpe la.. janji kene pandai jaga diri.. yang paling penting hati2 ngn lelaki.. hahahha..ish, tapi betul la.. yang lelaki tu pun kene hati2 ngn perempuan... sebab banyak jugak perempuan cantik yang 'berduri'... betul kan??? jangan mudah percaya pada orang..

tapi kalau kawan ngn aku.. peh..memang korang akan ok. tak kisah perempuan ke lelaki, aku memang ok je.. walau pun aku cantik,eh..salah pulak lagi..kahkahkah..ala biar la nak cakap pe pun, ni kan blog aku,hahhaa.. ok,ok..aku gurau je la...

menjadi perempuan memang perlu ada duri. tapi duri tu bukan untuk menyakiti semua orang tak kira situasi.. biar lah ia hanya untuk mempertahankan diri.. ibarat mawar... indah..harum...dan berduri... namun tetap menjadi idaman kumbang... wah,,,ayat aku!!!!

anggap la tu bukan aku yang cakap..lallalala...

selamat berbahagia semua...

AIR...AIR...AIR...

hmmm....

sekarang ni aku tengah musykil dengan kualiti air yang aku guna setiap hari. bukan pe, kualiti kulit aku pun jadi macam tak tentu arah.. agak2 korang la... air kat KL ni berada pada tahap ape???

wah, tiba2 plk aku nak membangkitkan isu ni. macam berat je otak nak memikirkan. tapi lagi berat rasanya bila aku memikirkan kesihatan kulit aku...hahahha...ish,bahaya tau kalau tak bersih..

aku pun cuba2 la godek2 kat internet, isu2 kat paper ker ape ke.. tapi yang aku jumpa lain plk. meh sini aku copy paste bagi korang baca...

*****************************************************************************

Pastikan kualiti air terjamin - Tiong Lai

KUALA LUMPUR 23 Nov. - Pihak berkuasa negeri Kelantan digesa mengambil langkah segera dalam memastikan kualiti air yang dibekalkan kepada rakyatnya terjamin daripada sebarang risiko penyakit.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, berdasarkan analisis yang dijalankan pihaknya, kandungan logam yang tinggi di dalam air negeri tersebut perlu dirawat secepat mungkin kerana ia boleh memudaratkan kesihatan pengguna.

"Apabila kajian ini dibuat dan mendapati bahawa terdapat risiko kepada pengguna, pihak berkaitan perlu menggalas tanggungjawab ini dengan menaik taraf loji pembersihan air mereka.

"Kita akan memanjangkan perkara ini kepada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air bagi mengambil tindakan susulan," katanya kepada pemberita di Parlimen, hari ini.

Mingguan Malaysia dan Utusan Malaysia dalam laporan khasnya mendedahkan, uji kaji makmal terhadap sampel air di negeri itu pada setiap tahun oleh Kementerian Kesihatan bukan saja mendapati ia mengandungi logam-logam berat, malah bakteria berbahaya termasuk E.coli.

Lebih membimbangkan, E.coli turut ditemui dalam sampel air yang dibekalkan ke rumah-rumah oleh Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB).

Oleh itu, kata Tiong Lai, penduduk Kelantan dinasihatkan tidak menggunakan air tersebut tanpa proses penapisan dan pendidihan yang betul.

"Jangan mengambil remeh perkara ini kerana ia melibatkan kemudahan asas kita. Buat masa ini, kami akan memastikan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) terus memantau dan memastikan penambahbaikan kualiti bekalan air ini dilakukan," ujarnya.

***********************************************************************

ni bukan KL dahhh...ni Kelantan... ish, dengar nama bakteria tu pun dah gerun.. hahhahaha...

just untuk info korang je. nanti aku try la selidik pasal air kat KL ni yer..

tungguuuuuuuu.......

Saturday, December 3, 2011

NOVEL.

entah kenapa adik aku yang sorang tu tiba2 minat baca novel. aku sebagai kakak yang baik hati ni,hahaha..memang baik pun...kihkihkih...hm..aku pun beli la ikut tajuk yang dia nak. aku beli siap ada extra lagi tuuuu... hah,kan aku da kate aku kakak yang baik..tak cayerrr...ahaks..

nak dijadikan citer, tiba2...chewahhh...tak la tiba2 pun sebenarnya.. sebelum aku melangkah balik KL ari tu, adik aku pesan dengan slamber..'kak,nanti kalau ada duit lebih belikan la lagi novel yerr..'... pehh..aku ni lemah bila adik aku da minta.. mesti aku nak beli.. tapi aku tak tau pasal novel.. nnti kalau salah beli, tak best pulak kan..

ada la sorang kawan ni, dia memang hantu novel... tapi bukan la hantu yang ada taring ngn rambut panjang tu, yang ni handsome,hahha... betul..tak caye meh aku kenalkan..hahhaa... ok,ok..balik pada kisah tadi.. satu hari tu kitorang ada masuk kedai buku, masa tu dia tunjuk kat aku novel2 yang dia suka baca, tunjuk nama2 penulis.. aku ingat satu2, sebab aku nak beli untuk adik aku sebulan satu. kawan ni pun tunjuk, dan bagi markah dengan rate 10. dia kate...'hmmm yang ni best, aku bagi 9 markah.. yang ni lagi best, aku bagi 10 markah..ish, penulis kegemaran aku ni takde keluar buku baru ke.' pastu dia tunjuk lah buku itu dan ini... wah,terbeliak aku...sebab banyak sangat nak save dalam otak...

hari ni, kalau korang tanyer aku apa yang aku dapat daripada kisah tadi...aku hanya boleh kate, aku dah lupa..hahhaha.... gilerzzz...tak boleh ingat tau tak.. patut aku tulis setiap yang kawan tu bagitau. ni aku nak beli novel, dah tak tau nak beli yang mane. agak2nya kalau aku tanyer semula kat kawan tu dia marah tak,hahha... kene tumbuk plk aku ni nanti...kahkahkah...

tapi takpe...adik aku pun baru2 nak belajar baca novel.. aku beli mana2 pun dia tak kisah..agaknyer la..hahhaa...

sape2 yang boleh tolong aku, sila la tolong yerr.. cian kat aku ni hah.. buntu dibuatnyerr..

novel...novel...novel...

Friday, December 2, 2011

SERONOKNYERRR...

cuci bilik mandi.. hahahhaha.... seronok...kihkihkih....

ini kisah benar tau.. aku tak tau la kenapa aku suka sangat cuci bilik mandi tu. pantang aku masuk, mesti nak capai berus, pastu amik sabun..aku pun mulakan cucian... kadang2 masuk nak simbah air kat kaki je, tapi terus jadi cuci bilik mandi tu... hahhaha.. bila da cuci rasa best giler...hahhaa..

dah,tu je aku nak cakap. sebenarnya nak keluar ni, member pun da nak sampai. byebye... huhu...

MISTERI....

mesti korang pernah dengar ayat...'semalam adalah sejarah, hari ini kenyataan, esok adalah misteri...'

adoooiii...memang misteri.. macam2 perkara dalam hidup aku pun berjalan tak seperti yang aku fikirkan. aku pernah terbaca...'apa yang paling kita inginkan tu lah yang kita paling tak kan dapat...'.. hmmm..

ape pun sebagai seorang Islam, kita diwajibkan berusaha dan berdoa... mudah2an ape yang kita nak tu memang yang terbaik untuk kita, dan InsyaAllah Tuhan akan permudahkan segala urusan...

hah, ni aku nak bagitau... sambil2 nak promote jugak ni kot,haha... ok,ok..mcm ni.. aku sekarang ni tak putus2 siapkan tempahan bunga telur.. hahha.. aku pun tak tau la ntah kenapa tiba2 aku terjerumus dalam bidang ni. padahal aku tak pernah nak rasa minat pun. itulah ketentuan dan rahsia kan...

mula2 dulu aku saja2 je tengok.. pastu try2 buat. tiba2 aku diofer, ish ade ke perkataan tu,huhu... takpe la, blh kot guna,haha... hm..aku diofer tolong buat tempahan. daripada tolong buat yang kecik2, dok cantum2, gam2, lilit2...sampai la tiba2 aku dapat siapkan setangkai bunga telur yang bagi aku sangat cantik dan aku tak percaya aku dapat buat. fuyoooo!!!! BANGGA GILERRRRZZZZ!!! KAHKAHKAH....!!! riak tuu...

dan yang paling tak sangka, benda tu datang pada aku tak putus2.... orang kate rezeki bergolek2,hahaha... dengan kudrat yang tak mahir, atas bantuan tok guru, ish kalau pompan tok jugak ke??? blh la kot..tak kan nak kate nenek guru pulak.. buruknyer bunyi...huhu.. tok guru aku tu tak kisah sangat pun walau seburuk mane hasil kerja aku.. dia kate orang belajar memang macam tu, tak kan terus pandai.... hehhe... sampai ke 2,3 pagi berjaga pun aku sanggup, tapi ada ketikanya aku give up jugak...hahhaa.... sebab nak kejar masa. kalau tak siap, tak kawin orang tu nanti..kihkihkih....

InsyaAllah..andai diizinkan Tuhan, maka akan berkembanglah projek tu kerana perancangannya sudah ada...doa2kan lah yerrr...

tu lah yang dikatakan misteri hari esok... rupa2nya ada yang baik untuk kita tapi kita tak nampak.. bila sampai masa, Tuhan tunjukkan dan masa tu baru kita sedar yang itu untuk kita... pelik kan.. tapi tu la Kuasa Maha Pencipta... Dia lah yang Mengatur segalanya...

ok lah, chaaaww dulu... ngantuk, nak tido..hihi...

Assalamualaikum....

Thursday, December 1, 2011

ZAHIRIL ADZIM...









kenal tak??? meh aku kenalkan.. zahiril adzim.. sorang pelakon, 27 tahun dan yang aku baru tau, rupa2nya dia berbakat dalam menulis puisi..hehhe...

aku memang tertarik sangat2 dengan kad perkahwinan dia. dan yang lagi best, aku jeles giler baca coretan zahiril buat shera kat penjuru kad tu..

'....buat pelengkap rusuk kiriku, shera aiyob, yang susah yang senang kau selalu depan mata, sentiasa ada menghulurkan kasih, sayang awak sampai bila2..'

pehhh..cair aku... eh, apsal aku pulak nak cair.. takde kaitan ngn aku pun. kahkahkah.. untungnyer dapat kata2 mcm tu dari sorang lelaki kan. ada lagi yang menarik aku nak kongsi.. zahiril ada buat suprise pada majlis diorang, bila zahiril tiba2 bangun lalu berpuisi yang dituju khas buat isteri kesayangan dia tu.. semua orang terpaku dan shera menangis terharu... alahai..bestnyerr kan.. jeles aku ni... ayat yang aku paling ingat, 'SELAMAT MENJADI ISTERIKU'.. romantik kan..

zahiril jugak penulis blog tau. meh aku promote sket. singgah la tengok kat zahiriladzim.blogspot.com. aku sempat selak2 tadi, ada beberapa kate2 yang aku suka nak 'curi'...hehhe.. yang ni aku paling suka...

-azam zahiril untuk tahun 2011 dulu ialah 2 perkara.. agama dan cinta.. wah.. zahiril ada kata, andai kedua2nya seiring, InsyaAllah kita akan milikinya...

so, nak dekat masuk tahun baru ni, ape kate kita ikut azam zahiril ni,hahah... saje je kan aku ni,hehhe.. tak nak ikut sudah.. aku nak ikut.. kihkihkih...

selamat berbahagia buat pasangan yang kiut ni.. semoga berbahagia dunia dan akhirat.. aku bukan la peminat kedua2 ni, tapi aku suka dengan ape yang aku baru tau tentang zahiril.. hahhaa.. dia memang budak baik...budak ke????? salah la pulak...

hahhaa..byebye...

ALAHAI CIANNYEEERRRR....

hehe... agak2 kenapa ek..

ok la...aku sebenarnya nak minta maaf kepada semua yang rajin jengah2 blog aku ni. aku pun tak sangka la bila beberapa orang bertanya pada aku kenapa aku tak menulis lagi.. dan yang terakhir petang tadi sebelum balik keje, sorang kawan tanyer jugak pasal blog aku ni. hahha.. baru aku tersedar, dah lame rupanya aku membisu... maaf la yerr..

aku bukan pe, sibuk sangat2 dengan keja. nak mengarang lagi la da tak boleh nak pk. tak sangka la pulak ada peminat walaupun aku tak isytihar pun sangat blog aku ni. tima kasih banyak2 ye... ni yang buat aku bersemangat semula ni..

sebenarnya, kalau korang baca dari awal blog ni, aku ada bagitau aku buat entri untuk nak menggembirakan orang2 yang membaca. dan mungkin memang ada yang suka nak baca celoteh aku walaupun aku salalu rasa yang ape aku tulis perkara remeh2 je pun. ntah pape la budak ni kan,kihkihkih...

sekarang ni otak aku dah rasa ringan sikit. mungkin idea nak mengarang tu datang la jugak, nanti aku cuba buat la beberapa entri untuk hilangkan rindu korang,huhu... perasan kene lebih...hehehe..

ni aku nak bagitau, aku tengah sangat2 sibuk dengan banyak perkara... keje.. perasaan.. kawan.. keka..hmmm..keka...hm..takde pape,hahaha..

semua dah bercampur aduk. dah tak tau mane nak fokus. sampai aku rasa aku dah hilang nafsu nak ketawa..hah, tu tanda2 da sampai tahap bahaya.. but.. ops,omputeh la pulak... tetapi..hehhe.. tetapi aku dapat tepis semuanya dengan sangat bijak.. huhu.. ish, tapi betul la...sampai aku malas nak ketawa, kecuali....kecuali...kecuali pe? hahha.. rahsia.. hahhaha... jangan la marah...

aku kalau boleh hanya nak buat entri pada ketika emosi aku betul2 stabil, agar aku dapat berkata2 dengan tulus dan ikhlas tanpa menyinggung mana2 pihak. aku pun menulis ni nak lari dari kehidupan yang sarat.. tapi lari memang penat giler kan.. orang giler pun tau penat nak lari,hahhaha... kahkahkah.. suka pulak aku tiba2...

so,aku nak citer benda2 yang best je, yang boleh buat aku rasa releks, dan yang baca pun rasa hepi.. untuk setakat ni korang da rasa hepi belum??? hah, angguk..geleng.. angguk.. cakap la betul2.. ish...nanak tawan awak... huhu..

ok la, aku nak try buat lagi beberapa entri. korang, mesti terus baca dan sokong tau.. yang penting, aku nak korang semua hepi.. tak moh sedih2... biar ape pun yang kita terpaksa lalui, ingat...Tuhan tau ape yang terbaik untuk kita. berdoa lah agar dipermudahkan segala urusan kita dunia dan akhirat...

amin..