Wednesday, March 30, 2011

BUATMU WANITA...

INI AKU TERIMA EMAIL DARIPADA SEORANG KAWAN.. MARI LAH KITA SAMA2 AMBIL IKTIBAR..

BISMILLAH...

Saudara dan saudari kaum muslimin dan muslimat

Renungan
khususnya untuk para wanita dan diriku sendiri.....


Sayidina Ali ra menceritakan suatu ketika melihat
Rasulullah saw menangis manakala ia datang bersama Fatimah.
Lalu keduanya bertanya mengapa Rasulullah saw menangis. Beliau menjawab,


"Pada malam aku di-isra'- kan , aku melihat perempuan-perempuan yang sedang disiksa dengan berbagai siksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Karena, menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan siksanya."


Putri Rasulullah saw kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya.

"Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih."


Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.


Aku lihat perempuan tergantung kedua kakinya dengan terikat tangannya sampai ke ubun-ubunnya, diulurkan ular dan kalajengking.


Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri.


Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknya keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuk karena penyakit sopak dan kusta.


Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar,
beribu-ribu kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang
rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya sementara malikat memukulnya dengan pentung dari api neraka," kata Nabi saw.


Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka
disiksa seperti itu?


*Rasulullah menjawab,

"Wahai putriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya."


*Perempuan yang digantung susunya adalah istri yang 'mengotori' tempat tidurnya.


*Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak taat kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan perempuan yang tidak mau mandi suci dari haid dan nifas.


*Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah karena ia berhias untuk lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain.


*Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka karena ia memperkenalkan dirinya kepada orang yang kepada orang lain bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat laki-laki yang bukan muhrimnya.


*Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya diulurkan ular dan kalajengking padanya karena ia bisa shalat tapi tidak mengamalkannya dan tidak mau mandi junub.


*Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah tukang umpat dan pendusta. Perempuan yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami."

Mendengar itu, Sayidina Ali dan Fatimah Az-Zahra pun turut menangis.

Dan inilah peringatan kepada kaum perempuan.Sebar-sebarkanlah...

Monday, March 28, 2011

TILAM OH..TILAM..

aku nak tanya, berapa harga tilam korang,hahaha... malu2 pulak nak jawab. aku bukan apa, hari tu aku saja2 masuk kedai tilam, tengok jenis2 tilam kat situ, sampai harga ribu2 pun ada.. ada juga orang nak beli rupanya... aku try la duduk2 atas tilam tu, ada satu tu harga RM500, peh, memang selesa gila... patut la bila tidur hotel kita mesti boleh tidur nyenyak kan.. maknanya lagi mahal lagi selesa.. ish,betul ke? sejak tu, aku mengidam nak beli tilam RM500 tu. baru2 ni aku chek in hotel sebab nak tenangkan fikiran yang kusut. lepak sorang2, tengok tv sambil makan megi.. lepas tu tidur.. alangkah bahagianya aku rasa.. bila bangun pagi, sakit2 kat badan semua hilang, otak pun rasa ringan je.. ni semua masti sebab tilam yang empuk...kan,kan,kan... hehe..

Saturday, March 26, 2011

JIWA KACAU..

sejak akhir2 ni bila jiwa aku kacau, aku akan berbelanja sesuka hati aku.. bila poket da kosong, hati aku rasa puas. kenapa jadi macam tu? kalau tiap2 ari, minggu, bulan, dan tahun macam tu...alamatnya bankrap la aku dan rugi lah bank, tapi beruntung la orang2 bisnes...

huh...perlu diberi perhatian oleh diri aku sendiri...
'Sentiasalah bersangka baik kepada kedua ibu bapa...'

Tuesday, March 22, 2011

MACAM MANA NAK TOLONG NI...?

kat KL ni memang perkara biasa la kan naik tren dengan orang buta. dan dah jadi kebiasaan sesiapa saja yang paling hampir akan hulurkan bantuan, tak kira agama dan bangsa. yang itu aku bangga... korang pun mesti termasuk golongn yang memang ringan tulang nak tolong orang2 buta ni kan.. bagus,bagus...baik macam aku.. ahaks..

ok la, tapi pagi ni aku menghadapi satu kemelut diri, chewahh.. maksud aku konflik perasaan...chewahh.. lagi tak blh blah ayat.. eh, ok,ok... macam ni... sampai je kat tampat yang dituju, semua berpusu2 keluar daripada tren. adat la kan, pagi2 semua berkejar2, mata dan otak dah nampak punch card je.. aku pun sama, pasal tu aku tau,hehehe.. nak dijadikan cerita si buta ni terkial2 mencari di mana tangga.. aku perhatikan tak ada siapa yang sedar.. lagipun kadang2 tu kita tengok si buta ni dah hafal dengan laluan yang biasa dia lalu.. tapi hari ni aku rasa tak sedap hati.. jadi aku perlahankan kelajuan pedal kaki aku.. aku biar semua orang turun tangga dulu, aku pun jaga belakang si buta tu. tiba2 dia terkial2, dan dia menghala ke tempat yang salah. aku nak buat macam mana ni, masalahnya dia lelaki!!!!! nak pegang ke? nak cakap ke? ish, kalau perempuan memang aku pimpin je.. aduh, tolong..

last, aku terpaksa jugak bertindak.. aku tarik tangan dia, bawak dia ikut jalan yang betul, dan sampai selamat turun tangga... tanpa bersuara apa2 pun. dalam hati masih fikir, boleh ke ni aku pimpin ni.. ah, ni kira darurat la ni... tapi aku yakin dan confident, ish macam sama je maknenya, ah ok la tu, yang pasti orang tu mesti tau bahawa yang memimpin dia tadi adalah perempuan... sebab aku pegang macam takut2,haha... tapi dia tak tau, perempuan itu dalah seorang tuan puteri yang jelita..kahkahkah...

huhuhu..sama2 la kita membantu mereka2 yang memerlukan... pesanan penaja..

Sunday, March 20, 2011

NAK DAPATKAN CINTA? KENA LAH MELABUR...

amacam statement aku tu...korang setuju tak? huh, tak setuju konon... korang pun pernah melabur kerana cinta kan? jangan tipu la, aku dah biasa dengar kisah cinta kawan2, macam2 ragam. tapi tak ada sesiapa dapat lari daripada melabur, kecuali memang kedekut tahap haji bakhil..tu pun ada orang nak lagi dengan korang, pelik betul..tak pun korang ni cun sangat kot, atau hansome sangat. tak payah keluar modal pun orang berebut nak sponser.. elehh...perasan. uweekkk...

sebenarnya aku ternampak tie bonia kat bilik aku, ish bukan aku punya, tu conform adik aku yang punya, dia memang suka menyemakkan bilik aku.. adik aku tu student lagi, aku tanya berapa harga tie tu. dia kata tak tau, kawan bagi.. peh...korang rasa kawan yang macam mana nak bagi tie bonia tu.. tu mesti aweks bagi... baeekk punya aweks..

ok,ok...ni aku cuma nak kongsi lah kan bab2 pelaburan untuk cinta. banyak perempuan rela melabur duit pada lelaki. ada kawan aku pernah berhabis ribu2 RM untuk cinta hati dia. peh, boleh muflis tuuu... tapi pelaburan tu tak ke mana pun, akhirnya tak bersatu pun. macam mana tu? aku sendiri pun pernah melabur untuk lelaki, bodoh betul aku masa tu.. terkena. sampai mati aku tak kan lupa..

hm....ada jugak lelaki yang terkena dengan perempuan. kawan aku pernah cerita dia kata bila putus je, dia diminta bayar balik semua duit yang perempuan tu dah guna untuk dia. hahahaha...lagi parah.. siap bayar ansuran..giler tak..ni kisah benar tau.. kesian kawan aku tu.. so lelaki, hati2 terima pelaburan, silap2 aweks korang tu simpan semua resit2 lepas tu bila putus minta ganti rugi...huh,baru korang tau hebat tak hebat perempuan ni..

apa2 pun kita kena beringat la ye... berpada2.. tak kira lelaki atau perempuan. macam aku memang dah serik la dengan benda2 ni... jangan berhabis untuk cinta dan jangan pulak biarkan orang berhabis untuk kita. cinta adalah komitmen dari dua pihak. tak boleh satu lebih satu kurang..

ingat ye kawan2... yang dah terkena tu, pastikan jangan terkena lagi... hati dan fikiran perlu seiring.. jangan jadi macam kawan aku sorang tu pernah bos aku sound, bos kata dia ni otak dengan mulut tak seiring, sebab selalu fikir lain, pastu yang dicakap lain...hahahahha..nak terguling aku dengan peristiwa tu, kahkahkah..kihkihkih...huhuhu.....apa?tak lawak ke? ahaks....biar la, aku memang suka gelak sorang2.. suka hati la, ni kan blog aku..eleh...

ok la, macam mana pun, ni semua pandangan peribadi aku je, kalau ada yang nak bantah, dipersilakan...huhu...

MARAH....

marah itu syaitan.. seperti api membakar2... tapi sebagai manusia biasa kita tak kan terlepas daripada perasaan marah. hari ni aku telah buat seseorang benggang dengan aku. tapi dia masih boleh tersenyum.. pelik kan..

rupanya masih ada manusia yang benar2 penyabar dan penyayang...

Saturday, March 19, 2011

RESEPI NASI GORENG TELUR..

ni aku saja2 nak kongsi resepi. almaklumlah...time aku buat entri ni pukul 12 tengah hari, perut lapar. tak makan lagi ni. kruk..kruukk..hah, dah bunyi dah...aduh..tak boleh silent perut aku ni.. sebab tu aku tak bagi dia kosong.. nanti dia berbunyi tak kira kat mana2 pun.

hm...adik aku yang kecik tu paling suka bila aku masak NASI GORENG TELUR ni.. bayangkan adik aku yang tak suka makan nasi tu, boleh makan bila aku masak, saja nak bagitau kehebatan resepi ni. tapi nak buat senang je, sambil tutup telinga je boleh siap. 5 minit je.

BAHAN2.. - nasi putih yang dah dimasak.. jangan beras pulak, tak jadi nanti, aku tak tanggung.
- telur sebiji, untuk sorang makan. nak letak berbiji2 pun suka hati korang la... gelojoh.
- kicap.... kalau tak suka kicap boleh ganti dengan garam.. sukatannya agak2 je la. tapi kalau nak rasa penyakit darah tinggi, letak la banyak2.. nanti bagitau aku kat wad berapa korang bermastautin..kihkih,,, ala gurau jek..
- last sekali, sos.. sos cili la, bukan sos tiram. hampeh..

CARA PENYEDIAAN - ala, korang campak je semua kat kuali, tak kisah la mana dulu.. sos tu kalau tak suka tak payah letak pun tak apa. dah siap masak nanti baru letak sos atas nasi, buat hiasan.huhu.. adik aku suka yang hangus2 sikit, jadi bila dah agak hangus, aku angkat letak dalam pinggan.. makan panas2...peh memang sedap.. try la.. apa? ingat aku main2 ke? eleh...memang la kacang goreng je, tapi tak ada letak kacang pun. gelak la puas2.. aku tetap bangga dengan resepi aku ni..

korang buat la time dah lapar giler tapi malas nak masak, pasti menjilat jari, kalau pakai tangan lah kan, kalau pakai sudu, jilat la sudu tu... memang lagi best dari mee segeri tu..

selamat mencuba..

TIDUR....

macam2 gaya orang tidur. macam mana aku tidur? huh, tu rahsia aku la....hahahaha... rahsia sebab aku sendiri pun tak tau macam mana aku tidur,kihkihkih... cumanya yang pasti aku tak akan guna bantal kat kepala. kenapa ye...ish...memang tak boleh, nanti pagi mesti tengkuk aku terseliuh. rasa macam ada beban kat kepala aku. korang macam mana pulak? eleh...tak nak bagitau sudah...aku bukan nak tau sangat pun..huh..

kenapa aku cerita pasal tidur ni...sebab sekarang aku dah tak boleh tidur disebabkan aku terletak bantal kat kepala aku. jadi aku terbangun dan nampaknya tak mampu untuk sambung lagi. nasib baik esok tak kerja.. boleh la aku berjaga.. kalau esok kerja, dah tentu aku paksa mata aku pejam....kalau tak boleh jugak, aku tutup muka dengan selimut.. kalau tak boleh jugak lagi aku buka buku sejarah... conform baru baca satu baris ayat aku dah ngantuk macam seminggu tak tidur...

ok la, tata...
'merah itu cinta... membara...'

Friday, March 18, 2011

SALAM PENGHARGAAN

assalamualaikum...
chewah..rasanya belum pernah aku bagi salam nak memulakan tulisan aku.ahaks... maaf la ye.. aku memang brutal sikit. anggap la kita ni adik beradik jadi tak kisah la nak mula dengan apa pun. adik beradik aku pun semua lelaki, tu yang aku sipi2. oit,tapi aku perempuan tulen ok.. tak percaya tanya kawan2 aku la...eleh...huh...

aku nak ambil kesempatan ni nak ucapkan penghargaan pada semua kawan2 yang dah tau blog aku dan sudi baca.. mula2 memang aku segan nak bagitau orang, tapi sekarang dah rasa ok sikit kot. kene la aku melangkah ke satu tahap. niat aku nak menyenangkan hati sesiapa saja. mungkin masih di permulaan, tapi agak bagus penerimaannya...

berjuta penghargaan juga pada yang pernah dan ada yang tak berhenti memberi komen pada setiap tulisan aku. i love u... ops...hah,jangan fikir bukan2..ish,ish,ish...

kepada MR HARZMAN yang sudi jadi follower aku. yang pertama dan saat aku membuat entri ni nampaknya masih lagi satu2nya ada kat situ. u memang best dan sporting...rasanya u memang pembaca setia kot... macehh... teruskan menyokong ye...

aku cuma bagitau kawan2 terdekat je tentang kehadiran aku dalam dunia blog ni. cuma kalau ada yang ternampak alamat blog aku kat mana2 dan kemudian masuk baca, pun aku ucapkan berjuta2 penghargaan. aku memang sangat bersemangat cuma kadang2 berhari2 aku tak menulis, maknanya jiwa aku tengah kacau,hehehe... takut nanti entah apa2 aku tulis, tak best la kan..

ok la...jaga diri dan kesihatan korang..supaya boleh terus baca cerita aku... ahaks... maksud aku supaya boleh terus jalani kehidupan dengan baik dan boleh terus baca blog aku, eh...sama je bunyinya..ceh.. tak apa la.. bagi la aku promote blog aku ni..

4 all of u... i love u so much.... mmmmuuuuuuuuuuuuuaaaaaaaaaaaaahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh......
oit, kepada yang lelaki, sila mengelak atau tepis flying kiss aku tu.. ups...bagus, fuh, nasib baik tak kene..

kihkihkih....

SAKITNYA HATI!!!!!

bila kali terakhir korang rasa sangat sakit hati. tak kira la kerana apa. tapi rasanya macam korang nak terjun bangunan, tapi tak nak mati, tak nak cacat. ish boleh ke dah terjun tapi masih ok lagi?huhu...try la... eh,eh...aku bukan suruh, aku bagi cadangan je...kalau korang masih waras, tak payah la buat kerja bodoh macam tu..

ok la, yang aku nak kongsi kat sini ialah macam mana rasa sakit hati tu boleh mempengaruhi kehidupan kita. macam aku pun, aku memang mudah sakit hati dan menangis, nama pun perempuan kan... tapi tu ok lagi, paling tak best bila aku sakit hati tahap gaban.. korang tau tak gaban tu apa? kalau tau bagus.. kalau tak tau jangan tanya aku, sebab kawan2 aku pun macam tau tapi tak tau...kihkihkih... hm...aku ni bila dah sakit hati sangat, aku tak boleh nak nangis.. hah,tu yang buat aku rasa lagi seksa.. alangkah bagus kalau aku nangis, tu tandanya sakit hati yang boleh tahan lagi.. tapi kalau air mata tak nak keluar,peh... merana aku rasa...

seseorang telah berjaya buat aku sakit hati tahap gaban tu... air mata aku antara keluar dengan tidak. tapi muka aku berkerut2...mesti dah tak cantik lagi...tak nak la tengok cermin.. buruk... betul..mesti buruk..eeee...malunya....malu sebab apa? sebab aku kat terminal bas.. rasa macam semua orang tengok... memang orang tengok pun. aku tau apa diorang fikir... 'apa hal minah ni nak cemik2 tak pasal2..' berani la sapa2 tegur aku waktu tu, memang aku menyorok bawah kerusi.. malu punya pasal. tapi tak boleh kawal..

macam mana nak hadapi situasi tu... bila ada orang yang berjaya sakitkan hati kita.. apa nak buat kat orang tu.. kalau aku, aku sakit kerana mesej, aku balas dengan mesej. puas hati aku. tapi lepas tu aku diam. cakap la apa pun aku akan diam je.. huh. malas dah nak fikir lagi.. cukup2 lah tu...

lalalalalala....

Thursday, March 17, 2011

BOLEH PANDANG2..

'boleh pandang2, jangan pegang2, duduk renggang2, bertambah sayang... biar malu2, biar segan2, kerna malu itu perisai orang beriman..'

tau lagu apa kan? so nyanyi ikut irama lagu... ish, dah,dah...langit dah mendung la... cukup,cukup... argghhhh...aku kata dah... tak sanggup nak dengar lagi. huh...tau pun berhenti...

aku bukan apa, nampak lah banyak pasangan2 bercinta jalan pegang2 kan. lain jantina mane boleh nak pegang2 kan...hehehe...lalalala... tapi yang aku nak tanya ni, aku banyak kali tengok pasangan bercinta, sama jantina...

ditelek2..ditenung2... ish,mmg sama la... sbnrnya tgk sekali pun dah nampak kesamaan tu, eh betul ke perkataan tu...hm..atau 'persamaan' la maksud aku.. pelik kn macam mana seorang perempuan yang cukup cantik boleh bercinta dengan seorang perempuan yang lain. bezanya cuma cara pakaian, lain semua serupa... manusia...manusia..

tapi kelebihannya...diorang boleh pegang2...sebab sama jantina...hahahaha..kihkihkih.... ups..blh ke? no komen..

apa pun kan kawan2, setiap yang manusia buat tu mesti ada puncanya, peristiwanya.. jangan dihukum tanpa tau asal usul..

Wednesday, March 16, 2011

TEKA TEKI...

ada seseorang bagi aku soalan teka teki... aku dah jawab tapi semua tak betul.. dan sampai ke sudah dia tak bagi pun jawapan. huh, aku kata entah2 dia pun tak tau nak jawab, pasal tu dia soal kat aku...

soalan dia... apa beza PENGARAH dan PEMERINTAH? hah? korang tau tak? apa jawapan dia ni.. hish...serabut la kepala aku. korang fikir la ye... aku pun nak tau jawapan dia apa..

tak payah la garu2 kepala tu, habis kelemumur semua jatuh tu hah.. pakai shampoo apa ni?

Monday, March 14, 2011

AH! AKU LAMBAT LAGI!

buka je mata...6.50pagi...hah??? uit, 6.50pagi korang tau tak. maknanya aku dah lambat... lambat tahap pengantin baru...ops, aku agak je...kihkihkih... silap pulak cakap.. weh, ni aku dah lambat ni... sempat pulak nak fiikir pasal pengantin. dah lewat nak buat apa ni. nak mula dari mana. arghhhh... buntu... aku tarik nafas dalam2... aku hembus... nak bagi otak aku tenang sikit. baru boleh buat keputusan.

ok, pertama sekali aku terus amik wudhu', tunaikan dulu yang wajib tu. subuh. tanpa memberus gigi,haha...main kumuh je.. orait la jugak tu kan.. ala, korang pun selalu buat kan, ingat aku tak tau ke... eleh... hm, da siap tu aku terus capai tuala. masuk bilik air buka air, dan... ish tak kan semua tu nak cerita jugak. amboi, besarnye nganga bang oi.. huh.

tapi yang bestnya..hahaha...best ke..tapi bagi aku best la ni... lepas je mandi, otak aku tenang je sebab tengok jam dah pukul 7.30pagi. aku senyum... senyum tanda aku mengalah pada waktu. aku dah memang lambat, nak terkejar pun memang akan lambat jugak. jadi aku dandankan diri aku macam biasa.. lambat pun tetap aku 'conteng' muka aku dengan bahan2 pewarna tu... satu garisan kat mata, merah kat pipi, dan semuanya yang aku anggap wajib ada di atas dataran kulit muka aku.. nama pun perempuan kan.. aku capai baju merah, tudung pun merah hitam. baru ada semangat nak pergi kerja walaupun....hmm... malas nak tengok jam..

sampai je office jam pukul 9. bos pun dah tanya ingatkan aku cuti. aku letak beg, duduk, kawal pernafasan.. dan tiba2 perut aku berkeroncong. tu nak bagitau aku minta isi la tu.. aku tanya member (member aku ni pesan jangan letak nama dia dalam blog aku, dia kata pakai nama samaran dia 'diana daniel'. uweekk... oleh kerana aku menghormati kawan, dan demi menjaga nama baik diana daniel yg asli, aku samarankan jadi DD..ok tak haha...) ok sambung tadi. si DD ni kata dia pun memang tunggu aku nak makan sekali. oleh kerana dah tak masuk akal nak pergi kantin cari makanan, kitorang pun geledah stok barangan dapur almari belakang kitorang. dan kemudian buat keputusan masak maggie. peh best sarapan kitorang...huhu...

DD yang tukang masak, aku tunggu je giliran.. giliran nak makan,haha.. dah siap kitorang duduk kat dapur tu sambil makan tanpa rasa bersalah... gengster la katakan.. DD pun mengambil kesempatan bertanyakan tentang punca kelewatan aku yang dianggap sangat luar biasa. lalu dalam kerancakkan lidah ku berbicara, aku akhirnya teringat bahawa....bahawa... bos...soriiii..... i lupa punch.... arrggghhhh.... itu la hari yang cukup indah bagi aku..

lalalalala.....

Wednesday, March 9, 2011

TAK SUKANYA...!!!!!

hah, dalam dunia ni, apa perkara yang korang paling tak suka. kiranya kalau korang kene buat, memang rasa lemah longlai lutut macam penari inang tu... ewah, ewah.....eehahh... ewahh...

aku percaya semua orang ada perkara yang paling masing2 pantang... aku pun ada. nak tau? huh, kalau korang tak nak tau pun aku tetap nak bagitau...uweeekk....

aku paling tak suka MENUNGGU... peh, rasa tergugat kesabaran aku yang memang tak berapa nak sabar ni. kerja yang boleh buat aku meradang, tahap nak hantuk kepala, ish, acah je... tak la sampai macam tu.. aku masih ada ciri2 wanita melayu terakhir....betul...kalau tak percaya tanya kawan2 aku...huhu..

korang bayangkan eh...bayangkan la...pejam mata tu, tarik nafas dalam2... korang bayangkan keadaan aku tiap2 hari... ok mula2... eh, jap,jap.. buka balik mata tu. kalau dah pejam macam mana korang nak baca cerita aku. aduh...lurus jugak korang ni... ok sambung..

pagi2 nak kene tunggu bas...bas tak muncul2, peh aku da mula angin...tapi cool je.. dengan harapan teksi ada...teksi pun tak kelihatan kelibatnye... tunggu lagi... hah, teksi..eh,ops.. ala...org lain kebas..melepas... kene tunggu lagi... pagi2 ion2 negatif dah masuk dalam badan aku. namun aku masih mampu terapi tu sesenyum...

sampai LRT, nak kene tunggu lagi... alahai...

abis cerita pegi kerja... kat office pulak, time makan biasa aku beli makanan pastu buat air sendiri.. beli makanan nak kene tunggu giliran, nak bayar. masak air nak tunggu air masak.. da siap nak kene tunggu kawan2 semua ada, baru makan. tgh hari pun sama. balik kerja pun sama.. tunggu,tunggu dan tunggu...

tu belum cerita pergi pesan makan kat warung tapi tak dapat2, perut dah lapar giler.

tp tu semua tahap menunggu yang paling kecik je tu... aku pernah menunggu sampai bertahun2 dalam banyak perkara terutama tentang kerja... peritnya... bagai menunggu bulan jatuh ke riba... eh, aku memang suka bulan..hehehe... tapi biasa la, yang kita suka susah nak dapat.

apa pun bagi aku itu satu ujian kekuatan. semua perlukan kesabaran. memang biasa sangat kita terpaksa buat perkara yang kita paling tak suka. aku pun tak nak cakap banyak2 kali yang 'AKU TAK SUKA MENUNGGU..', ish,nanti yang itu la yang ashik nak lalui je.. kene positif. sebab apa yang aku rasa ialah, bila kita tunggu, kita akan dapat pahala sabar, dan Tuhan akan bagi kita ganjaran...kerana kita berjaya melawan bisikan syaitan. tak apa, tunggu je la... sabar..

nampak aku tengah sabar ni... sabar menunggu... lalalalala...

Monday, March 7, 2011

TEKSI...

dua ringgin campur dua ringgit campur dua ringgit campur seringgit. dapat berapa? tolak dengan empat ringgit enam puluh sen.. berapa pulak bakinya tu... ahaks, mesti pening kan nak kira. aku pun mcm nak muntah tengok kiraan dalam bentuk tulisan ni. meh aku tukar teknik. ok, kali ni korang fokus...

RM2 + RM2 + RM2 + Rm1 = RM7
RM7 - RM4.60 = RM2.40

hah, kan senang nak dikira... kenapa pulak aku dok sibuk mengira2 ni. buat sakit otak je, orang nak releks2 baca blog.. ok, begini kisahnya...

pagi ni aku tunggu bas tak sampai2. tunggu punya tunggu punya tunggu punya tunggu...eh, bila nak abis da aku punya tunggu... tahap api kebaranan aku sudah sampai ke keronggkong, tapi kutahan jebat! ish, itu dialong cerita Seniman Bujang Lapuk.. ok,ok, aku sambung...

nampak je teksi, belum sempat aku angkat tangan dah ada sorang cik puan tu tahan. dengan pantas aku cuit dia, aku tanya dengan senyuman ikhlas.... "nak ke LRT ke?" dia pun anggung tanpa balas senyuman aku. ah, tak kisah la tu, aku pun terus ikut masuk teksi tu, dan begitu la jugak yang berlaku kepada dua org kakak lagi yang bertanyakan soalan yang sama pada aku dan masuk jugak memenuhi ruang legar teksi tu. situasi begini memang biasa kat tempat aku ni, bukan apa, bila bas tak ada semua berpusu2 kejar teksi. teksi pulak kurang, jadi siapa yang cepat dia dapat..

ok la, tapi bukan itu yang aku nak bangkitkan kat sini. aku cuba nak menarik perhatian korang pada tambang teksi yang aku dan mereka2 dah bayar kat pakcik teksi tu. teksi ni ada mcam2 ragam pemandunya. ada yang best, naik 4 orang dia minta sorang RM1 je, ikut rate bas. tapi yang paling biasa ikut meter la, tak lari RM5.. kalau lari korang kejar la sendiri... aku tak larat nak kejar.

ok, tapi situasi pagi ni lain sikit, aku dan 3 yang lain, maknanya 4 orang la ye.. sampai je tengok meter RM4.60. tapi yang pertama diminta bayar RM2, diikuti yang ke 2 dan yang ke 3. sampai kat aku dia suruh bayar RM1 je. dia kata sebenarnya tak ada duit kecik. peh aku pun jawab, "abis tu, macam mana saya nak bayar kat diorg ni... semua tercengang2, tapi salah sorang kata, "tak apa la..".... kitorang pun keluar dan terus melulu ke pintu LRT. semua nak cepat, malas fikir panjang. kalau ikutkan dalam dompet aku yang mahal tu ada duit kecik.. tapi otak dah tak dapat berfikir dengan baik waktu tu..

bila sampai office je, aku congak2...peh, dapat free2 je RM2.40... wah, untung tu.. aku bukan la berkira sangat sebenarnya, tapi aku terasa sebab aku dah berhutang dengan 3 orang tadi dan aku langsung tak ingat muka diorang. dah pagi, gelap, samar2, mana aku nak ingat. apa pendapat korang?

huh..mencabar jugak hidup aku ni rupanya....

Sunday, March 6, 2011

KEHIDUPAN....

banyak betul perkara dalam dunia ni yang kita tak terjangka berlaku. aku percaya, bukan aku je, semua orang pun telah melalui banyak perkara yang dia sendiri tak terfikir. dan paling biasa apa yang kita nak kita tak dapat.. korang sokong tak kata2 aku ni.. aku dah tau dah, mesti korang angguk kepala mcm tu... hm..

sesungguhnya beruntung la bagi orang2 yang kehidupannya sama macam apa yang dia nak, dan semua yang dirancang menjadi kenyataan. tapi aku pernah dengar satu ceramah yang mengatakan, Allah itu akan tetap memakbulkan doa kita selagi kita berdoa cuma bezanya ia termakbul kat dunia atau pun akhirat. dan ustaz tu kata lagi, kalau la manusia ni tau apa yang Allah akan bagi kat akhirat nanti, tentu semua orang tak nak doa dia dimakbulkan di dunia... jadi, biar apa pun yang kita hadapi, jangan berhenti berdoa. yakin Allah ada dengan kita. bila kita tak dapat di dunia, di akhirat kita pasti akan dapat dan ianya kekal abadi...

aku pun sama je, tak pernah lari dari rasa kekurangan dalam hidup. tapi kita ni manusia kan.... Takdir Allah tak ada siapa mampu melawan.. dan kita banyak diselubungi oleh kata2 manusia, kita lupa pada asalnya peranan kita sebagai khalifah Allah. kita leka dengan dunia. kabur dengan pangkat dan harta... banyak perkara yang aku kesalkan.. tapi setiap manusia itu ada sebab kenapa dia lakukan sesuatu, cuma kadang2 dia tak sedar yang dia berada di pihak yang salah...

Wednesday, March 2, 2011

WIRA NEGARA...








cuba korang tenung wajah2 wira kita ni.... mereka adalah insan yang mulia, yang bertaruhkan nyawa demi negara... kehidupan mereka memang tak sama dengan kita. anak isteri ditinggalkan, demi memastikan keselamatan negara. aku pernah tengok satu dokumentari yang menunjukkan mereka ni menjaga sepadan negara dengan seragam hijau.... nyawa mereka di hujung tanduk. pernah tak korang bayangkan, macam mana berada dalam situasi mereka. kita harus berbangga dan memberikan mereka pengiktirafan yang tinggi dalam jiwa kita. mereka ni lah wira...



mereka ni tak ada masa nak memikirkan perkara2 remeh, tak sempat nak memikirkan hati dan perasaaan mereka, sebab semuanya dilakukan demi negara. untuk keselamatan kita semua tau. korang sedap2 duduk dalam office, tak pun bekerja makan gaji, yang kerja sendiri pulak, boleh atur masa sendiri, boleh berjalan2, pergi shopping... kan?kan?kan? ok,ok...aku pun same... kita kadang2 leka dan lupa bahawa ada insan yang telah sanggup berkorban untuk kita.


berdoa lah untuk kesejahteraan mereka dan keluarga yang mereka tinggalkan. jangan fikir negara kita cukup selamat, tanpa mereka2 ini, tak dapt kita berbahagia macam sekarang.. hah, tgk tu, goyang2 kaki lagi korang kan... bestnya... cuba bayangkan, apa yang sedang berada di benak fikiran wira kita yang sekarang tengah berjaga di sepadan... apa yang mereka makan? bagaimana jiwa mereka?


pagi tadi aku tengok berpuluh2 lori askar lalu depan aku, sebab aku pun duduk kawasan kem tentera.. wajah2 itu melihat aku penuh pengharapan. entah apa yang difikirkan, hanya Allah yang tahu. aku jadi insaf.. korang pun kene insaf tau... kita ni beruntung, ada mereka menjaga kita...

syukur...























LELAKI DAN BARAN...

aku terserempak dengan satu kemalangan kecil. motor yang berlanggar dengan motor. dua2 tergolek macam nangka busuk yang kalau korang makan jugak, uweeeeeekkkkkkkkkk.... huh.

kedua2 penunggang tu ok je, motor pun ok, masing2 angkat motor sendiri, bangunkan diri sendiri, tapi tiba2 budak tu kene tumbuk dengan cik abang yang muka memang bengis tahap beruang hutan...eh, ada ke nama beruang hutan, ah hentam jek la... ni nak menggambarkan betapa garangnya muka abang tu. fuyooooooooooooo.... konon macho la kot..

bagi aku amat memalukan la kan. sebagai seorang dewasa bertindak macam tu. dia tak puas hati sebab budak tu langgar dia, yang dia tu pun tak hati2 kenapa. dia sepatut boleh nasihat dengan cara berhemah, bukan nak melenting tak tentu pasal. releks la bro, cool je la.. apa main tumbuk2 ni... ish baran...baran...

"kau apa hal main langgar je. kau ada lesen tak, kau bawak motor sapa ni?!" wah, dah macam polis trafik la pulak... cuma tak pakai wesel jek..kihkihkih..

aku tengok kebanyakan lelaki dalam dunia ni memang baran. kadang2 tu kepala pakai serban pun angin macam ribut. maaf kepada yang berkenaan, aku bercakap berdasarkan apa yang kita boleh tengok sendiri sekeliling kita.

Islam kan mengajar kita tentang kesopanan dan ketenangan. bukan mengajar guna penumbuk abang yang macam tukul besi tu. silap2 ICU adik tu bukan sebab kemalangan tapi sebab penumbuk abang. lepas tu abang masuk lokap. wah, lagi best tu. nak merasa ke? kalau budak tu mati, terus je abang kene hukum gantung. hah, takut tak, takut tak? tu la... baran lagi...

kalau marah, Istighfar... ingat Allah... ok abang2 semua.. kalau kita baik dan hormat orang, orang pun akan hormat kita. tapi kalau kita parangai macam anak hantu, nanti jangan tanya kenapa tak ada orang nak buat baik dengan kita. apa pun, baran bukan la satu kejahatan, itu sifat manusia, cuma kalau tak dikawal, ia boleh menjadikan kita manusia yang menjahanamkan manusia lain...

ingat tu...

LEBATNYA HUJAN...

sejuuuukkkkkkk............... ujan turun lebat betul. nak pasang plug pun tak berani ni. ada kilat, petir bersambut2. Allahuakbar.. kadang2 bunyi guruh tu menakutkan kita kan, macam langit tu nak runtuh. kuasa Tuhan... itu baru guruh... kalau dunia ni hancur, entah macam mana keadaan penghuninya... Subhanallah...

setiap kali hujan lebat turun yang diselang kilat, petir dan guruh, aku mesti ingat kematian... sangat menakutkan bagi aku yang masih belum bersedia menghadapi alam di sana. terasa kerdil sungguh insan bernama manusia. teringat jugak aku pada Filem Khurafat yang bagi aku cukup bagus pengajarannya. mati itu bila2 saja dan ia adalah di luar pengetahuan kita... oleh itu jangan la kita terlalu leka pada dunia...

aku selalu ingat pada pesan ustaz2 yang sering mengingatkan tentang segala yang ada pada kita adalah pinjaman semata2. harta, keluarga, anak2, nyawa.... semua tu bukan hak kita dan Allah boleh mengambil semula walaupun di saat kita terlalu memerlukannya. jangan lah kita ingkar dan sombong.

dan sesungguhnya, antara waktu makbul doa adalah ketika hujan turun.. marilah kita menadah tangan memohon keampunan pada-NYA dan serahkan seluruhn jiwa raga pada yang mencipta kita. Allah sentiasa membuka pintu keampunan pada hambanya yang ingin bertaubat. kembalilah sebelum terlambat...

ehem...aku tiba2 tukar jadi 'ustazah' ni bukan apa, aku nak jugak berpesan2 pada saudara sesama Islam. aku pun tak sempurna. sejahat mana pun kita, ingat, kita ni milik Allah, kita da pernah berjanji untuk taat dan setia.

ye, memang kita pernah berjanji....

Tuesday, March 1, 2011

SALAH TU...

eh, bukan macam tu la...ish..macam ni... tengok la betul2, hah, buat lagi sekali... aduuuuhh...salah jugak tu.. kenapa la kau ni susah sangat nak faham..

ok, sekarang kau fokus, tengok betul2 gerakan perlahan, lepas tu ikut. hah, macam ni, macam ni, lepas tu macam ni... faham? ok, buat balik.. hmmm... uit,salah la... pnt betul mengajar kau ni. cuma lurus je kaki tu... ni makin ketepi, makin senget... macam mana ni.. jalan lurus je... dah la, sampai sini dulu, esok belajar lagi. huh! haaaa...begitu la al kisah si ibu ketam mangajar anaknya berjalan. dia suruh anaknya bergerak lurus tapi tak sedar dia sendiri jalan senget. macam mana tu ye...

sebagai manusia pun macam tu la kebiasaannya... selalu nampak salah orang, tapi tak cermin diri dulu. ramai yang suka bercakap tentang aib orang itu dan ini, diri sendiri pun banyak kekurangan. cukup la tu cik kiah... tak baik tau... yang muda patut hormat yang tua, yang tua pula kasihkan yang muda. baru aman dunia... ni tak, hah tu johan, jangan lah sombong nak bertanya pada pak leman apa yang tak faham... mak cik senah tu pulak, tak baik fikir buruk pada yang muda, dan tak semestinya dia tak tau semua.. ada perkara2 tertentu yang orang muda lebih tau.. seimbang la kan..

kadang2 yang kita fikir salah tu la yang betul sebenarnya... macam jawab periksa jugak, kita ingat da betul sangat la jawapan kita, tapi rupanya tak lulus.. korang tak lulus ke, kihkihkih.... lain kali baca buku, buat nota.. dadu tu tak payah bawak la... dah macam nak main dam ular je, tu pun kalah... huhu.. nasib...nasib..

KAWAN DAN LAWAN..

ish, jangan dekat2 dengan aku la. kawan je boleh ok, tapi jangan harap korang dapat korek rahsia aku..

korang pernah terfikir tak sejauh mana korang boleh percaya pada kawan baik korang. sekarang banyak kes kawan baik jadi musuh tau. masa tu, semua aib korang akan dibongkarkan. peh, perit nak lalu semua tu. paling tak best bila gaduh sebab rebutkan seseorang. lagi la hangat macam tahi ayam yang suka2 melepas belakang rumah atuk aku, atas selipar baru aku pulak tu. weh ayam, cari tempat lain la nak membuang pun, selipar aku ni ada nampak macam tandas awam ke. huh.

aku bukan apa, dalam dunia sekarang yang penuh panca roba, macam drama roda2 Kuala Lumpur tu, orang makan orang... kawan 'ngap' kawan sendiri. sebab tu la tak kira macam mana rapat pun kita dengan seseorang tu, jangan la diceritakan semua.. kalau tertekan sangat, ambik wudhu', bentang sejadah, mengadu pada Maha Pencipta... mesti kita akan rasa lebih tenang. serah pada Dia, Dia lebih tau mana yang terbaik.

tapi kan, pernah tak korang terfikir, orang yang kita anggap lawan tu sebenarnya dia la kawan paling setia? hah, macam mana tu? rupa2nya dia la yang paling memahami kita. ish, aku cakap betul ni. kalau tak, tak kan ada orang bercinta dan akhirnya kawin dengan musuh ketat dia.. hah... apa? tak puas hati jugak lagi ke? pelik kan... hmm... benci, tapi...bercinta lepas tu kawin... ish.. macam mana rasanya kan? jom try,huhu... ups,ni cadangan untuk yang belum berpunya je ok... hah, abang jangan bang... i merajuk nanti...

kita doa semoga disekeliling kita adalah kawan... jauhi lawan atau musuh... nanti banyak musuh, banyak yang kita benci, banyak pulak nak kene kawin... eh bang, tengok poket dulu eh... cakap pasal kawin je, bukan main suka... huh.