Monday, February 28, 2011

WOW....SEKSINYA...

ehem..ehem...uit, apa? hello...aku bukan cakap pasal perempuan ok... mengurat lelaki? ish, pun tak jugak.... oooooooo....yang jejaka2 tu bukan main bila cakap pasal seksi, terbeliak mata korang... lalalalala....

aku cakap pasal sesuatu yang menjadi impian aku, merah menyala...gagah perkasa.... kalau aku cakap korang jangan gelak ok. bila dia lalu depan aku mesti terpusing kepala aku perhatikan dia. tapi dia buat tak tau je dengan aku... aku maksudkan dia adalah kereta idaman aku, Proton Saga BLM... uuuuuuiiiiiiii...... seksi tu..... aku nak yang merah tu, nak,nak,nak...

apa? korang mesti kata taste aku tak cukup tinggi kan. orang selalu idamkan kereta yang harga juta2, tak pun kapal terbang ke, paling tak pun mengidam pemandu kapal terbang tu... huh. biar la... aku suka apa pun.... korang nak gelak, gelak la... weh, tak payah la sampai guling2 macam tu, buruk tau tak. ni yang malas ni cakap pasal ni... da tau da apa aku akan dapat...

tapi tak kisah la, janji itu tetap akan jadi idaman hatiku. tapi mesti warna merah... body dia buat jantung aku berdegup laju. makan ingat dia, tidur ada dia... aku tau korang mesti tertanya2, buat apa nak berangan2 je, dah suka sambar la satu. bukan mahal pun. kan?kan?kan?

jawapannya....aku masih belum puas bercinta dengan tren dan bas... aku belum bersedia meninggalkan kedua2nya... kalau idaman aku tu ada dengan aku, dah tentu aku kene jaga hati dia pulak. korang kene faham perasaan aku dan mereka. saling mengharapkan... sedih bila memikirkan aku harus melepaskan salah satu daripada itu. oh,tidak... aku belum cukup kuat..

vrooooooommmmmmmm....!!!!!!! peweeeeeeeetttttttttt......... dia lalu weh.......oh, sayang.. aku akan pastikan kau jadi milik aku jua satu hari nanti.... aku janji.....

uwwwweeeeeekkkkkkk....... ayat tak boleh blahhhhh...

2 comments:

  1. bagus......

    Beli setakat mampu, membuat pakaian mengukur dari badan, belanja berhemah menambah berkah.

    memburu kekayaan umpama minum air laut, makin diminum makin haus, sampai kembung perut bawa mudarat....... berpada-pada pada kemampuan....

    ReplyDelete