td aku ada tengok tv pasal satu badan swasta yang buat tugas2 menyelamatkan bayi2 yang tidak diingini.. agak2 korang faham tak ape maksud 'bayi2 yg tidak diingini'...?
menurut badan tu, pengasas utama telah pun meninggal dunia. beliau rasa bertanggungjawab untuk menyelamatkan bayi2 ini daripada dibuang merata2 atau dibunuh dgn kejam oleh ibu yang melahirkan. macam mana caranye? senang je, ibu2 tu blh bawak bayi ke sana dan serah kepada badan itu utk diserahkan kepada org lain sebagai keluarga angkat.
apa yang menarik perhatian aku, diorang menyediakan satu kotak di dinding yang dilengkapi lampu, ekon, bantal dan tilam utk ibu2 meletakkan bayi yg mereka tidak ingini bersama2 dokumen pengenalan bayi. dan dalam kotak tu ada sensor yg dapat memberitahu petugas sekiranya ada bayi yang telah diletakkan di dalam..
ada beratus2 pasangan yang berdaftar dengan badan ni utk dapatkan anak angkat.. dan diorang akan dipanggil temuduga sebelum proses anak angkat dilakukan.. temuduga tu pulak akan mengambil kira berapa lame pasangan da kawin, kedudukan kewangan dan macam2 lagi...
mungkin ada org kate badan ni seolah2 memberi galakkan kepada kelahiran luar nikah, tapi kita pandang la dari sudut positif...niat diorg baik.. nak memberi kehidupan kepada bayi2 yg tak dingini ni dan pasangan yg inginkan anak.. dan dapat la jugak kurangkan kes buang bayi...
semoga rakyat kita akan lebih bertamadun...
No comments:
Post a Comment