Monday, December 5, 2011

TENTANG CINTA....

wah, tengok2 tajuk dah terasa yang mood aku tengah jiwang..tapi tak karat ok... huhu..

aku just nak mengomel sket je pasal cintan cintun ni..bukan pe..hm...ish..susahnya nak cakap... ish,,malu lah pulak...hahaha.. aaaauwww!!

biasa lah kan, perempuan memang tebal dengan perasaan malu terutama bila cakap pasal cinta ni.. aku pun tergolong la jugak kan, sebab aku perempuan...huhu.. dalam aku tengah layan jiwang, search kat google, jumpa la beberapa blog cinta. ada yang aku tertarik bila penulis tu bagi tips untuk yang gadis2 ni..cara macam mana nak luahkan perasaan pada lelaki yang kita suka. pehh..aku tak tau la nak komen pe..sebab kata2 dia menggerunkan orang2 yang terlibat...hahhaa..betul...

jom aku kongsi sket..

tajuk : meluah cinta terpendam
http://shueqry.blogspot.com/


Cinta terpendam amat mengasyikkan. Setiap kali bangun pagi kemudian membayangkan wajah orang yang Anda cinta, entah cemana jadi bersemangat tetiba. Semua perkara jadi indah, nampak bercahaya di mata. Cinta terpendam membuat kita semakin rindu, semakin syok melayan.

Tapi, cinta terpendam amat berisiko. Jika Anda lambat meluahkan cinta Anda padanya, dia berisiko untuk dikebas orang terlebih dahulu. Anda mungkin menjadi orang kedua yang meluah rasa cinta padanya. Anda akan jadi ketinggalan. Oleh keranan Anda ketinggalan, maka peluang untuk Anda tertutup habis.

Cinta tak patut dipendam lama-lama. Ia patut diluahkan. Gunakanlah apa cara sekalipun, janji ia tak melanggar batas agama dan etika. Dengan teknologi hari ni, cinta boleh diluahkan dengan pelbagai cara, sama ada melalui sms, MMS, chat box, perbualan telefon atau simply melalui video YouTube.

Jangan tak taw, ada seorang gadis meluah cinta melalui video lalu memuat naik video itu di YouTube untuk diperlihatkan pada lelaki yang diminati olehnya. Hah, nampak tu. Cinta nyer pasal, terfikir dia buat video untuk meluahkan rasa cinta. Kagum saya dengan orang sebegini.

Masalah meluah cinta terpendam banyak dialami oleh para gadis. Sifat malu menghalang mereka meluah depan-depan, apatah lagi jika gadis itu kuat agamanya atau jarang bergaul. Tapi kalo gadis itu jenis yang rock dan selalu bersosial, meluah-luah ni dia dah biasa sangat. Bukan dia tak ada malu, tapi dia boleh mengawal rasa malu.

Anda, jika Anda memintati seseorang jangan pendam terlalu lama. Luahkan saja. Dia terima ke tidak, itu belakang kira. Janji, luahkan walau dengan apa cara sekalipun!

**********************************************************

harap2 penulis ni tak marah aku copy paste entri ni.

so, ape pandangan korang??? terutama yang lelaki2.. seram je aku baca. nak kene luahkan jugak ke? tak boleh ke tunggu dia yang luahkan? kalau kene tolak,ish malu la..

ape pun, aku belum ada cukup kekuatan.. aku??? eh,tak..maksud aku.. hmmm... maksud aku banyak perempuan memang tak x cukup kuat nak meluahkan...hahhaa.. mane blh... lelaki la yang kene cakap.. aduuuhhhhh.... macam mana ni????

No comments:

Post a Comment