hmmm... ni bukan main2 punya sakit. Sakit kepala!!!!
aku tak tau la kenapa aku asyik sakit kepala je. sakit betul2 punya sakit. tapi tak berdenyut, sakit betul2 kat dahi, satu kawasan je, tapi...pehh..susah nak digambarkan. dan sakit tu datang bila jam melepasi kul 2 petang.. kenapa ni..
aku ingat 2 hari lepas, aku kat kampung, petang tu aku da mula sakit kepala, drive kereta pun melayang2 je rasa tak sabar nak sampai, jejak je kaki kat rumah, terus aku jalan slow2, sampai depan tv aku baring, dan pastu tertidur. tak lama lepas tu mak ajak keluar gi ambil duit ngan pasar malam. aku dengan langkah yang longlai, bersiap2 la jugak.. tapi rupa2nya adik2 aku ikut, mak pun tak kisah kalau aku tak ikut.. adushh..memandangkan aku dah siap pun, aku masuk je la dalam kereta, tapi kepala aku sakit macam nak termuntah..
mujur aku dapat kuatkan semangat. aku pun lame da tak gi pasar malam tu, dapat jugak beli murtabak kegemaran aku.. bila da balik, aku terus sambung baring..badan da mula menggigil... macam nak demam. aku pejam mata rapat2, tapi pehhh...sakitnya... maka akhirnya.... aku capai panadol... arrrrrrggghhhhhhhhhh!!!! aku tak suka makan ubat!!!!
zzzzzzzzzzzzzzzz........maka tidurlah aku sampai ke pagi...
*******************************
aku godek2 internet, dok mencari2 ape agaknya punca sakit kepala yang melampau ni. lalu aku tengok mana yang ada kaitan ngan kehidupan aku. dari segi kegiatan harian, pemakanan...
hmm..mungkin punca2 ni yang aku kene amik perhatian kot..
1. tekanan - tekanan kerja kot. tu aku tak nafikan la, cuma sebelum ni takde la sampai aku sakit kepala, setakat tak selera makan je la..
2. gangguan tidur - memang jadual tidur aku tak tentu arah..
3. pemakaian power mata yang tak bersesuaian - mungkin jugak power mata aku da berubah. lame da tak buat ujian mata.
4. cahaya - hmm,aku ada baca tentang bahaya tidur di bawah cahaya lampu, ia boleh memberi gangguan kepada otak sepanjang tidur. hmmm... memang selalu sangat aku tidur tak tutup lampu.
5. alahan - sekarang aku memang suka minum milo, pagi, tengah hari, malam. adalah aku alah pada milo???
ini hanyalah beberapa faktor kemungkinan. namun aku amik yang ringan2 ni je. ade punca2 yang berat, tapi takut aku nak nyatakan kat sini. melibatkan nyawa tu. hm..yang penting sekarang aku kene kenalpasti punca dan elak daripada perkara tu. mudah2an aku tak pape..
kepada semua,jagalah kesihatan anda, wajib.
selalu picit ibu jarikati. Itulah kawasan refleksi bahagian kepala.
ReplyDeleteJagan lupa minum air suam banyak2. Kurangkan kafein. Milo ada kafien. Gantikan dengan minum air buahan.
Amalkan minum madu.. Ambil satu sudu besar madu dan dicampur air masak suam segelas. minum pagi2 sebelum gosok gigi. Madu baik untuk kesihatan dan imun sistem abdan. Dan bermadu baik untuk dapat banyak pahal.
Jika ada duit lebih... kan dah naik gaji 13% kan kan kan,..... belilah Be Young Zulian , patuh dan berdisiplin minum beyoung itu sehari 3x untuk 30 hari..... ia akan pulihkan sakit kepala......
dan jgn selalu berangan......