duit,duit,duit...
perkara yang jadi paling utama dalam kehidupan di zaman sekarang. semua orang suka duit. hahaha.. aku pun same. kihkihkih...takpe nak kejar duit, tapi kene ingatkan diri supaya berpada, sebab duit tu perlu untuk hidup, bukan hidup untuk duit...
start aku pindah rumah lepas tu masuk pula bulan raya, urusan kewangan aku mula kelam kabut. mane taknye, baget aku asyik lari je... tak larat da nak kejar,huhu... lalu aku termenung dan termenung memikirkan cara untuk menyusun atur semula perjalanan kewangan aku,hehe.. orang kate duit banyak ke sikit tu bukan ukuran, tapi tengok macam mane kita uruskan pendapatan. ingat, ukur baju di badan sendiri.
tiba2 aku teringat pada AKPK. korang tau ape tu AKPK? kalau tak tau sila la ke laman web www.akpk.gov.my. ape yang aku tau, diorg ada sediakan khidmat kaunseling kewanagn secara percuma. aku pun geledah2 la... lalu aku dapat satu info yang sangat berguna untuk aku pegang sampai akhir hayat,hahhaa....iaitu...
jeng,jeng,jeng...
korang catit tau maklumat ni, penting ni..
info pertama:
simpanan mestilah antara 10% hingga 30% daripada pendapatan bulanan.
info kedua:
hutang/pinjaman mestilah kurang daripada 40% pendapatan kasar.
hahhaha...
amacam? korang punyer peratus menepati tak dengan ape yang dicadangkan. baik korang semak balik,huhu..
tapi dalam pada aku nak kira2 tu, tiba2 aku jadi keliru..hmmm..ape definisi sebenar simpanan? termasuk kwsp ke? ok, pastu ape pulak yang terkandung dalan item pinjaman/hutang? adakah termasuk T&G yang aku t.up tiap2 bulan tu, bil telefon, dan jariah yang aku bagi pada mak bapak aku tu. itu mungkin temasuk dalam hutang sebab tiap2 bulan pun jumlahnya sama.. atau..hm..ntah la yer. korang ader jawapan? boleh kongsi tips ngn aku? boleh la, tolong la...
pelik kan, masa gaji kecik, selalu pk, kalau la gaji aku sekali ganda lagi daripada tu mesti aku boleh simpan duit dengan banyak, tapi bila dah dapat gaji yang dibayangkan, keadaan pulak dah tak sama, dan tanggungjawab pun bertambah. mula lah otak fikir nak cari duit lagi..hmmm..tapi semua tu fikiran orang2 yang tak bersyukur kot, tu yang rasa kurang je. syaitan asyik bisik je.. SubhanAllah.. ni la manusia...huhu..aku la tu terpeleot jugak..
satu perkara yang aku kene selalu ingatkan diri aku, belanja ikut kemampuan diri, biar orang nak kate ape, asalkan hidup kita bahagia... susah senang kita kene tanggung sendiri. jadi, kene hati2. aku ni pulak perempuan, biasa la nafsu berbelanja tu membuak2.. ada pulak datang penyakit bila tak beli nanti balik mesti menyesal, ape la..
aku ada hajat nak beli kereta... tu fokus utama aku. tapi ntah bila aku boleh dapat..
hmm..ok la, aku nak sambung buat kira2,hehe... aku pun da tak paham ape yang aku tengah kira ni,hahhaha... tolong boleh? hahhaaa.. boleh blah!!!! dah tau dah korang akan jawab macam tu..hehe..
tata..
No comments:
Post a Comment