Friday, September 2, 2011

WAH, INI SUDAH BAGUS!!!

kihkihkih....

agak2 ape aku nak potpet kan kat sini... huhu..

hari ni raya ke 4. penat jangan ditanya la tahapnyer.. tapi seronok.. jumpa sedara mara. dan ada la yang sangat suka nak bergambar dengan aku berdua, lawa agaknya aku ni..hehhe..perasan...

ok,ok, tapi bukan itu yang aku nak citer. mukadimah je tu, dalam karangan masa kat sekolah dulu, perenggan permulaan cerita ada markah kan.. tu yang aku amalkan sampai sekarang..hehe..

sebelum puasa hari tu mak tiba2 suh aku buat kek. garu kepala aku dibuatnye, tapi demi amanah yang diberi, chewahhh... aku usahakan jugak. kek coklat yang sepatutnya aku kukus, tiba2 aku bakar, haha... tapi menjadi, sedap pulak tu.. cayalah gua beb... huhu.. dan aku pulak tukang isi kuih dalam balang, dan kuih yang paling laju ialah kek coklat aku...jengjengjeng... amacam, ngeri kan dengan citer aku ni..hahahah... maka dengan itu aku pun telah buat satu graf biskut dan kuih... daripada rekod aku tau kuih apa yang paling laris di pasaran.. iaitu.. kuih yang aku dan mak buat sendiri.. lalu aku rasa bersemangat tahun depan nak buat kuih raya.. angan2 aku la kan... tak tau la tahun depan semangat aku tahap mana pulak...

abis bab kuih raya..tukar bab masak memasak pulak. masa balik puasa hari tu, aku bawak kereta. so masa balik KL tu aku dapati aku akan berbuka kat tengah jalan, maka aku ambik keputusan masak. ape ada dalam peti ais aku sapu.. bukan sapu macam sapu sampah tu, sapu di sini bererti mempergunakan sebaik mungkin,hehe.. ikan keli masak sambal, sayur, ayam goreng, dan telur dadar.. peh.... aku makan kat hentian seremban dengan seorang kawan.. lalu kawan tu berkata.. 'tak sangka, pandai masak rupanya..' hahaha... ape la, mesti semua orang fikir aku ni tak tau pape kan.. ingat aku budak kecik ke...

tapi takpe, tu tandanya masakkan aku berjaya.. nak tukar citer lain pulak.. tadi, aku baru je keluar kul 4 petang, tiba2 adik aku tel kul 4.30, minta tolong aku masak kan pape utk kawan2 dia yang nak datang dari KL. aku fikir ape ada kat dalam peti ais, dan minta dia beli mee kuning.. lalu aku sampai je rumah kul 6.45 terus mulakan operasi menggoreng mee..

jengjengjeng...SEDAP SIUT MEE AKU MASAK....hahaha!!!!

bangga aku menjadi diri aku.. lepas diorang balik, ada sedara datang, diorang pun sambung makan mee tu..licin pinggan.. mak aiii...tak sangka aku ni berbakat rupanya..

ehem,ehem..sebenarnya aku kepoh2 ni bukan pe, saja nak berkongsi cerita. takde niat nak riak pun, cuma satu perkara aku nak kita sama2 belajar tentang kehidupan ni.. kadang2 kita tak sedar yang kita ni bagus sebenarnya.. dan kita jugak tak boleh pandang orang dari luaran..

ramai orang yang anggap aku tak pandai itu ini.. mungkin nampak aku macam agak kurang matang dan 'manja', sampaikan lelaki pun tak berani nak dekat kot.. lahir pun sebagai anak tunggal perempuan.. memang banyak kelebihan tapi bukan lah buruk pun.. mak bapak aku bagi aku pengajaran yang cukup..

ini blog aku, dan apa aku nak citer pun suka hati aku lah...hahaha.. ops.. terkasar bahasa pulak,ampun yerr..

tapi ape pun thanks pada semua yang terlibat dalam hidup aku, dan membuat aku nampak kelebihan aku.. sehingga pernah satu ketika waktu bulan puasa hari tu, aku rasa rindu giler dengan masakan aku sendiri..hahaha....WAH, INI SUDAH BAGUS!!!!

maaf zahir batin...



No comments:

Post a Comment