Saturday, August 13, 2011

AL-FATIHAH

teringat aku pada mimpi aku 2 ari lepas... membuatkan aku tersentak dari tido, jantung pun bagai ditekan2... menggigil seluruh tubuh aku. Ya Allah...

aku mimpikan dia, mimpikan seorang kawan yang da meninggal dunia beberapa tahun lepas. seseorang yang sangat aku sayang... dulu, aku selalu kirimkan doa untuk dia. tapi malam tu, aku nampak dia dalam mimpi aku.... nampak wajah redup dia... nampak dengan dekat diri dia waktu dikebumikan.. terasa dia berada sangat dekat dengan aku.. terasa seolah2 dia cuba memberitahu aku sesuatu..

bila aku tersentak bangun, aku terus Istighfar.... aku tengok jam pukul 2 pagi... pagi jumaat... aku selak langsir, aku tengok keadaan di luar yang sangat nyaman... suasana di bulan Ramadhan.. dan aku dapat rasakan seakan2 dia ada dengan aku waktu tu...

Ya Allah..lame aku tak kirimkan doa untuk dia. lantas bibir aku berkata, 'maafkan aku kawan, aku leka dengan dunia, aku lupa mendoakan kau'....

aku mula berfikir...Subhanallah...adakah doa2 yang aku kirimkan tu benar2 sampai pada dia, sehinggakan bila ku lupa, dia datang mengingatkan aku.. YA Allah, aku rasa sangat insaf..

malam tu aku langsung tak blh lelapkan mata semula.. aku rasa sayu sangat hati.. rasa berdosa sangat kerana 'terlupa'. sepanjang hayat dia dulu pun aku tak penah rasa dia sedekat itu dengan aku... tapi malam tu sangat ajaib.. dan aku rasa rindu sangat pada dia...

keesokan hari, aku ceritakan pada kawan baik aku tentang mimpi tu, untuk mendapatkan pandangan.. sebab dia pun pernah mimpi arwah ayah dia datang dalam mimpi dalam keadaan yang redup... dia pun kate, mungkin arwah datang ziarah aku.. Ya Allah..berulang2 kali aku cuba yakin kan diri aku, mungkin doa aku sampai pada dia.. Syukur YA Allah..Hanya Kau yang Maha Tahu segala perkara2 ghaib.. tulus jiwa aku tunduk pada Allah yang Maha Kuasa...

mulai hari ni, aku akan pastikan aku tak kan lupa pada dia di setiap doa aku.. aku sayangkan dia dunia dan akhirat, dan aku akan doakan dia seumur hidup aku... InsyaAllah..

AL-Fatihah...

No comments:

Post a Comment