Sunday, August 14, 2011

MAAFKANLAH DIA...

mesti korang pernah disakitkan kerana mencintai seseorang kan? orang selalu kata cinta memang menyakitkan.. dan bila putus, ape rasanyer? fuh, tak terkata seksanya kan... tapi tau tak cara nak hilangkan seksa tu? aku tau...hehhe...betul, aku pernah buat dulu...

macam mana ye? ok,ok...macam ni.. aku belajar untuk memaafkan dia... tu je... sebesar mana pun perkara yang dia dah buat pada kita, bila kita dapat maafkan dia dengan rela hati, kita akan dapat rasakan betapa segarnya udara sekeliling kita. ahhh...

hahahha...

tau tak kenapa aku punya feel buat aku sendiri rasa meremang, hehe..pasal aku terbangun tengah2 malam ni, jam kul 3 pagi.. aku dengar la radio. habis semua stesen on lagu2 jiwang..maka aku terperangkap...kihkihkih... rasa lemas sebenarnya dengar lagu2 putus cinta ni.. buat semangat kita jatuh... itu bagi aku la... korang tak eh, korang makin bersemangat ke dengar lagu2 jiwang..hahaha... takpe, takpe, aku tak gelak...kihkih..ops..ok,ok..tak gelak..

jom hidup cara aku.. cara macam mane? hm...susah nak diterangkan. meh kawan ngn aku, baru tau..hahaha...

aku nak berbalik pada ape yang aku perkatakan tadi tentang cinta dan kemaafan. hari raya pun da nak dekat.. lupakan la yang sakit, hidup dengan gembira. sesekali nak kenang tu boleh, tapi jgn lame2, pandang depan yang luas tu. banyak lagi haluan yang kita boleh pilih. huhu.. aku cakap orang, aku sendiri pun selalu tak tentu arah... shhhyyyy... rahsia aku la.

macam ni la, bila orang buat kita sakit hati, kita fikir balik mungkin kita pun pernah lukakan orang2 sekeliling kita, lukakan mak bapak kita, lukakan kawan2 kita, lukakan isteri atau suami kita. tak semestinya nak cakap pasal cintan cintun je, pasal kehidupan lain2 pun, belajar la untuk memaafkan orang yang paling menyakitkan kita. kemudian, rasakan lah keajaiban perasaan yang Tuhan bagi pada kita. memang segar...betul... ish, betul la...

jangan biar kan orang buat hidup kita muram dan suram.. hidup la dengan bahagia. Tuhan kan ada dengan kita.. minta dengan Dia yang Maha Berkuasa.... dan jangan lupa doakan orang2 yang kita sayang kerana doa tu senjata.. selagi mereka tak tau yang kita doakan mereka, maka doa tu akan lebih mujarab.. itu apa yang aku pernah tau la kan.. kalau kurang tepat, aku minta la yang tau tu perbetulkan.. saya budak baru belajar, kalau salah tolong jolokkan, kihkihkih....

dah la, aku nak sambung tengok 'FULL HOUSE'... ada 4 episod lagi.. hehe..

wassalam...

No comments:

Post a Comment