Saturday, August 13, 2011

REALITI

bila aku tengok kawan2 atau orang lain da kawin, berkeluarga, tipu la kalau aku kata tak cemburu. tapi banyak jugak positifnya aku berada pada keadaan sekarang ni. Tuhan kan Maha Mengetahui. mesti ada sebab kenapa aku masih 'kanak2' dalam usia begini. ape maksud kanak2? hehehe.. korang tak yah la gelak kan aku..

banyak perkara yang aku tak tau. dan kawan selalu kata aku ni tak cukup matang. hmm...matang tu maknenye ape ek..hehe..

ape pun aku puas sebab aku da lalu banyak perkara yang mungkin orang lain tak lalu. perkara ape? eh, rahsia la, tak kan semua aku nak citer.. korang ni paparazi jugak ek. pegi la isi borang jadi waratawan melodi, blh dapat glamor sama lavel ngn artis, kihkihkih...

aku puas dapat rasa bebas, bebas yang terbatas oleh hukum agama la yer.. korang ni jgn fikir negatif pulak, kadang2 mcm kene terangkan secara terperinci ngn korang ni, bagi clear maksud yang cuba aku sampaikan, kalau tak, ke lain otak korang ni.. huh..

selain tu, sempat la mak abah ngn adik2 rasa duit hasil titik peluh aku. untung lagi jadi adik2 aku kalau aku ajak teman beli barang, mesti diorg pun dapat barang jugak.. huhu.. takpe la, adik2 aku punya pasal, aku layan je.. agaknya kalau aku da kawin, tak merasa diorg nak rompak duit aku mcm tu kan,kan,kan....hahaha..

betul orang kata, hidup ni banyak yang tersirat. setiap yang kita lalu mesti ada sebab. dan ,mesti ada kebaikan untuk kita dan mereka2 yang ada di sekeliling kita. cuma yang membezakan, adakah kita sedar atau tidak bahawa kita telah pun dicurahkan berjuta2 rahmat yang takde tolok bandingnya.. Allah Maha Adil, Dia meletakkan sesuatu itu tepat pada tempatnya.. itu la maksud adil yang sebenar2nya.. kerana itu, perjalanan kita tak sama mcm orang lain.. kerana apa yang terbaik untuk kita, telah Tuhan berikan dan permudahkan.. kita saja yang selalu melampaui batas kehendak..

uhuk,uhuk...dah macam ahli falsafah da aku ni. bukan pe, bila feel tu datang tak boleh nak dihalang2..hehe..datang tanpa diundang..kihkihkih...

ok la, aku nak sambung tengok citer korea...'FULL HOUSE'... hehe...


No comments:

Post a Comment