Saturday, February 26, 2011

DIK, BOLEH SAYA TANYA???

bila terpandang je gadis tu dari jauh, memang nampak comel. dengan make up setebal cat kat dinding rumah aku tu, dan bulu mata palsu yang galak, kira kalau rozita che wan nampak dia mesti nak pinjam untuk pegi anugerah skrin. peh,memang maut punya.... pakaian tak payah dicerita la kan, macam nak buat video klip. tapi aku telek2 memang bukan penyanyi ni.... mungkin adik mane2 artis popular kot.

tapi yang paling menarik perhatian aku, tang cermin mata bingkai hitam besar separuh muka. ish, kejap la, aku bukan heran dengan warna atau saiz tu. korang jangan la menyampuk aku nak cerita ni. ok, mcm ni. korang tau tak, pakai cermin mata tapi bulu mata tu melepasi cermin. hah,mcm mana tu. bulu mata tu boleh tembus ke, atau cermin mata tu yang dicipta khas dan boleh ditembusi, atau mata aku yang silap??? tak puas hati, aku cari ruang dekatkan diri untuk tengok dengan lebih jelas. keinginan aku untuk tau membuak2, bergelegak, macam air yang didih tu....

la....alkisahnya....memang si cantik manis tu cuma pakai bingkai je, tak ada cermin pun. hampeh..fesyen kot.

aku : Dik, boleh saya tanye...
si cantik : ye,knp? (dengan mata terkebil2)
aku : adik nampak cantik dengan bingkai cermin tu.
si cantik : terima kasih...
aku : fesyen ke dik?
si cantik : a'ah.. ni gaya saya.
aku : saya ingat adik kurang siuman tadi...

dengan pantas si cantik tu pergi meninggalkan aku yang masih memandang tepat dengan ekor mata aku yang buat dia kebingungan. dia hilang di celah2 kesibukan manusia yang rakus melangkah entah mana arah tujunya.. hm...manusia semakin pelik... cantik ke... mungkin juga kot...

sesungguhnya dialong di atas adalah hayalan aku semata2. dek kerana terlalu terpegun dengan keajaiban penghuni Kuala Lumpur.

kihkihkih....

No comments:

Post a Comment