Saturday, February 26, 2011

WANITA DAN KECANTIKAN.

ni perkara yang aku baru beli. untuk ini saja aku dah labur RM50. jumlah tu cukup besar bagi mereka2 yang amat memerlukan sesuap nasi untuk anak2 yang kelaparan. itu la perempuan. sebahagian pendapatan akan pergi pada alat2 kecantikan. itu la juga aku..

tapi kalau waktu tu aku terserempak dengan fakir miskin, aku pasti tak jadi beli benda2 ni, dan aku sedekah kan RM50 pada orang itu. weh, tak percaya ke? betul la. korang bayangkan berapa banyak pahala kita dapat bila bagi makan pada orang miskin dan anak yatim? dan makanan tu akan jadi darah daging mereka, dan mereka juga mendoakan kesejahteraan kita.

korang beli alat2 kecantikan ni apa korang dapat? cantik? kekal lama ke? ada ke maskara tu mendoakan korang? ada ke? ish, jawab la sendiri..

aku cakap banyak pun, aku sendiri labur kat benda2 macam ni, yang lelaki kene la positif. wanita dan kecantikan memang tak dapat dipisahkan ibarat lelaki dan rokok, ups, dush,dush... itu statement bagi yang merokok la kan. wanita ni sekurang2nya jangan la tak pakai bedak langsung, muka suram tak bermaya, hah lelaki biasa lah, nak yang cantik2 tapi bila perempuan pegi beli benda2 ni, mula muncung sampai 30km, kata membazir. eleh, kitorang boleh beli pakai duit sendiri la... tapi nanti makan dan lain2 harap poket cik abang la ye, hehehehe...

apa2 pun, sebagai kaum hawa, aku nak pesan juga la, kita beringat bila membeli. ikut kemampuan, jangan ghairah sangat dengan kecantikan dunia. kerana ia tak kekal. dah tua nanti pakai lipstik dan maskara pun kedut tu tetap ada kan.

nak pikat hati suami,pakwe, atau senang kata lelaki, pikat hatinya. luaran tu biasa2 je sesedap mata memandang. lepas tu ikat hatinya, supaya dia tak cari lain dah... chewah aku cakap macam pakar kaunseling..kihkihkih...

jangan pandang make up lebih dari lelaki yang bersama anda, takut nanti dia pandang yang lain...uuuuuuuuuiiiiiiiiiiiiii..... hati2 weh...

No comments:

Post a Comment