budak2 sekolah, biasalah.... macam2 gayanya... bahasa pun kadang2 separuh2 je disebutnya. orang2 tua kat kampung memang tak kan faham, tapi orang2 muda yang macam aku ni, chewah, masih boleh mengikuti perkembangan bahasa.
aku nampak sekumpulan budak2 melayu berborak, tapi kali ni aku memang tak faham apa diaorang cakap. peliknya, kenapa aku tak faham ni... bila aku dengar betul2, patut la aku rasa asing sebab diorang bercakap bahasa cina. wah!menakjubkan. munkin diorang sekolah cina kot. di sini aku menyatakan kebanggaan aku pada anak2 bangsa melayu boleh kuasai bahasa cina, kerana dari situ melayu boleh dekat dengan kaum cina dan belajar bisnes dengan diorang..
semua mata tertumpu pada kumpulan tu. sampaikan pakcik yang pada mulanya khusyuk baca buku tanpa menghiraukan sekeliling tiba2 ternganga memandang keajaiban dunia yang sedang berlaku. aku tau dia sedang berfikir sesuatu. fikir apa? tu korang agak2 sendiri la, aku pun tak tau. ingat kan nak tanya, tapi tak sempat,hehe...
ok, tadi tentang kekaguman aku kan. selang beberapa minit kemudian, fikiran aku mula berubah. aku tanya diri aku, kenapa sesama melayu pun nak bercakap bahasa cina. mana pergi bahasa ibunda tercinta? adakah mereka sudah hilang punca? korag rasa? jangan nanti jadi pembelot bangsa.... SUBHANALLAH...
dah,dah, aku tak nak komen panjang. da macam isu sensitif ni. nanti tak pasal2 aku kene lantik jadi menteri masuk bersidang kat parlimen. tak nak aku...
No comments:
Post a Comment