lepas selesai je urusan aku kat tabung haji, aku pun keluar dengan pantas, berjalan tanpa penoleh, otak ligat memikirkan urusan seterusnya...
sebenarnya sebelum masuk tadi aku dah nampak seorang wanita memegang 2 keping buku betul2 depan pintu. time tu, dia da tegur aku tapi sebelum dia bercakap aku dah angkat tangan sambil senyum tanda aku tak dapat nak beri sebarang kerjasama kerana harus segera. aku perhatikan, mungkin nak jual buku kot. biasa la kat KL ni macam2 ada. ada juga budak yang jual kismis RM1, kesian tengok kita pun beli, dan ada yang bagi duit lebih niat nak sedekah tapi kita pun tau duit tu tak dapat kat diorang pun. itu apa yang dibagitau kat aku la...
nak dijadikan kisahnya, aku pun keluar daripada tabung haji.. sekali lagi aku angkat tangan je bila kakak tu cuba tahan aku, tapi sempat aku dengar dari hujung cuping telinga aku yang agak tajam ni.... 'derma anak yatim dik, berilah sokongan..' ops..
tiba2 pelusuk hati aku diselubung rasa bersalah. ada yang memerlukan kenapa aku tak mahu sedikit pun meluangkan masa mendengar apa yang cuba diperkatakan.. tapi bukan aku saja, boleh dikatakan semua orang yang disapa tak berhenti langsung.
bersalahkah aku dan samua mereka itu????
bila aku fikir2 semula, mungkin tempatnya kurang tepat. semua orang yang keluar masuk tabung haji tu memang ada urusan selanjutnya, dan mereka bukan sengaja nak menghampakan atau tidak memberi kerjasama. itu pendapat aku la... mungkin ada cara lain, seperti pergi je jabatan2 korporat ke, iklan surat khabar ke (tapi tu mungkin perlukan modal), atau ada cara lain lagi yang anda2 semua boleh fikirkan.
walau apa pun, aku tetap rasa bersalah... sampainya hati aku....buat begitu...
No comments:
Post a Comment