Monday, March 14, 2011

AH! AKU LAMBAT LAGI!

buka je mata...6.50pagi...hah??? uit, 6.50pagi korang tau tak. maknanya aku dah lambat... lambat tahap pengantin baru...ops, aku agak je...kihkihkih... silap pulak cakap.. weh, ni aku dah lambat ni... sempat pulak nak fiikir pasal pengantin. dah lewat nak buat apa ni. nak mula dari mana. arghhhh... buntu... aku tarik nafas dalam2... aku hembus... nak bagi otak aku tenang sikit. baru boleh buat keputusan.

ok, pertama sekali aku terus amik wudhu', tunaikan dulu yang wajib tu. subuh. tanpa memberus gigi,haha...main kumuh je.. orait la jugak tu kan.. ala, korang pun selalu buat kan, ingat aku tak tau ke... eleh... hm, da siap tu aku terus capai tuala. masuk bilik air buka air, dan... ish tak kan semua tu nak cerita jugak. amboi, besarnye nganga bang oi.. huh.

tapi yang bestnya..hahaha...best ke..tapi bagi aku best la ni... lepas je mandi, otak aku tenang je sebab tengok jam dah pukul 7.30pagi. aku senyum... senyum tanda aku mengalah pada waktu. aku dah memang lambat, nak terkejar pun memang akan lambat jugak. jadi aku dandankan diri aku macam biasa.. lambat pun tetap aku 'conteng' muka aku dengan bahan2 pewarna tu... satu garisan kat mata, merah kat pipi, dan semuanya yang aku anggap wajib ada di atas dataran kulit muka aku.. nama pun perempuan kan.. aku capai baju merah, tudung pun merah hitam. baru ada semangat nak pergi kerja walaupun....hmm... malas nak tengok jam..

sampai je office jam pukul 9. bos pun dah tanya ingatkan aku cuti. aku letak beg, duduk, kawal pernafasan.. dan tiba2 perut aku berkeroncong. tu nak bagitau aku minta isi la tu.. aku tanya member (member aku ni pesan jangan letak nama dia dalam blog aku, dia kata pakai nama samaran dia 'diana daniel'. uweekk... oleh kerana aku menghormati kawan, dan demi menjaga nama baik diana daniel yg asli, aku samarankan jadi DD..ok tak haha...) ok sambung tadi. si DD ni kata dia pun memang tunggu aku nak makan sekali. oleh kerana dah tak masuk akal nak pergi kantin cari makanan, kitorang pun geledah stok barangan dapur almari belakang kitorang. dan kemudian buat keputusan masak maggie. peh best sarapan kitorang...huhu...

DD yang tukang masak, aku tunggu je giliran.. giliran nak makan,haha.. dah siap kitorang duduk kat dapur tu sambil makan tanpa rasa bersalah... gengster la katakan.. DD pun mengambil kesempatan bertanyakan tentang punca kelewatan aku yang dianggap sangat luar biasa. lalu dalam kerancakkan lidah ku berbicara, aku akhirnya teringat bahawa....bahawa... bos...soriiii..... i lupa punch.... arrggghhhh.... itu la hari yang cukup indah bagi aku..

lalalalala.....

No comments:

Post a Comment