amacam statement aku tu...korang setuju tak? huh, tak setuju konon... korang pun pernah melabur kerana cinta kan? jangan tipu la, aku dah biasa dengar kisah cinta kawan2, macam2 ragam. tapi tak ada sesiapa dapat lari daripada melabur, kecuali memang kedekut tahap haji bakhil..tu pun ada orang nak lagi dengan korang, pelik betul..tak pun korang ni cun sangat kot, atau hansome sangat. tak payah keluar modal pun orang berebut nak sponser.. elehh...perasan. uweekkk...
sebenarnya aku ternampak tie bonia kat bilik aku, ish bukan aku punya, tu conform adik aku yang punya, dia memang suka menyemakkan bilik aku.. adik aku tu student lagi, aku tanya berapa harga tie tu. dia kata tak tau, kawan bagi.. peh...korang rasa kawan yang macam mana nak bagi tie bonia tu.. tu mesti aweks bagi... baeekk punya aweks..
ok,ok...ni aku cuma nak kongsi lah kan bab2 pelaburan untuk cinta. banyak perempuan rela melabur duit pada lelaki. ada kawan aku pernah berhabis ribu2 RM untuk cinta hati dia. peh, boleh muflis tuuu... tapi pelaburan tu tak ke mana pun, akhirnya tak bersatu pun. macam mana tu? aku sendiri pun pernah melabur untuk lelaki, bodoh betul aku masa tu.. terkena. sampai mati aku tak kan lupa..
hm....ada jugak lelaki yang terkena dengan perempuan. kawan aku pernah cerita dia kata bila putus je, dia diminta bayar balik semua duit yang perempuan tu dah guna untuk dia. hahahaha...lagi parah.. siap bayar ansuran..giler tak..ni kisah benar tau.. kesian kawan aku tu.. so lelaki, hati2 terima pelaburan, silap2 aweks korang tu simpan semua resit2 lepas tu bila putus minta ganti rugi...huh,baru korang tau hebat tak hebat perempuan ni..
apa2 pun kita kena beringat la ye... berpada2.. tak kira lelaki atau perempuan. macam aku memang dah serik la dengan benda2 ni... jangan berhabis untuk cinta dan jangan pulak biarkan orang berhabis untuk kita. cinta adalah komitmen dari dua pihak. tak boleh satu lebih satu kurang..
ingat ye kawan2... yang dah terkena tu, pastikan jangan terkena lagi... hati dan fikiran perlu seiring.. jangan jadi macam kawan aku sorang tu pernah bos aku sound, bos kata dia ni otak dengan mulut tak seiring, sebab selalu fikir lain, pastu yang dicakap lain...hahahahha..nak terguling aku dengan peristiwa tu, kahkahkah..kihkihkih...huhuhu.....apa?tak lawak ke? ahaks....biar la, aku memang suka gelak sorang2.. suka hati la, ni kan blog aku..eleh...
ok la, macam mana pun, ni semua pandangan peribadi aku je, kalau ada yang nak bantah, dipersilakan...huhu...
No comments:
Post a Comment