Monday, March 7, 2011

TEKSI...

dua ringgin campur dua ringgit campur dua ringgit campur seringgit. dapat berapa? tolak dengan empat ringgit enam puluh sen.. berapa pulak bakinya tu... ahaks, mesti pening kan nak kira. aku pun mcm nak muntah tengok kiraan dalam bentuk tulisan ni. meh aku tukar teknik. ok, kali ni korang fokus...

RM2 + RM2 + RM2 + Rm1 = RM7
RM7 - RM4.60 = RM2.40

hah, kan senang nak dikira... kenapa pulak aku dok sibuk mengira2 ni. buat sakit otak je, orang nak releks2 baca blog.. ok, begini kisahnya...

pagi ni aku tunggu bas tak sampai2. tunggu punya tunggu punya tunggu punya tunggu...eh, bila nak abis da aku punya tunggu... tahap api kebaranan aku sudah sampai ke keronggkong, tapi kutahan jebat! ish, itu dialong cerita Seniman Bujang Lapuk.. ok,ok, aku sambung...

nampak je teksi, belum sempat aku angkat tangan dah ada sorang cik puan tu tahan. dengan pantas aku cuit dia, aku tanya dengan senyuman ikhlas.... "nak ke LRT ke?" dia pun anggung tanpa balas senyuman aku. ah, tak kisah la tu, aku pun terus ikut masuk teksi tu, dan begitu la jugak yang berlaku kepada dua org kakak lagi yang bertanyakan soalan yang sama pada aku dan masuk jugak memenuhi ruang legar teksi tu. situasi begini memang biasa kat tempat aku ni, bukan apa, bila bas tak ada semua berpusu2 kejar teksi. teksi pulak kurang, jadi siapa yang cepat dia dapat..

ok la, tapi bukan itu yang aku nak bangkitkan kat sini. aku cuba nak menarik perhatian korang pada tambang teksi yang aku dan mereka2 dah bayar kat pakcik teksi tu. teksi ni ada mcam2 ragam pemandunya. ada yang best, naik 4 orang dia minta sorang RM1 je, ikut rate bas. tapi yang paling biasa ikut meter la, tak lari RM5.. kalau lari korang kejar la sendiri... aku tak larat nak kejar.

ok, tapi situasi pagi ni lain sikit, aku dan 3 yang lain, maknanya 4 orang la ye.. sampai je tengok meter RM4.60. tapi yang pertama diminta bayar RM2, diikuti yang ke 2 dan yang ke 3. sampai kat aku dia suruh bayar RM1 je. dia kata sebenarnya tak ada duit kecik. peh aku pun jawab, "abis tu, macam mana saya nak bayar kat diorg ni... semua tercengang2, tapi salah sorang kata, "tak apa la..".... kitorang pun keluar dan terus melulu ke pintu LRT. semua nak cepat, malas fikir panjang. kalau ikutkan dalam dompet aku yang mahal tu ada duit kecik.. tapi otak dah tak dapat berfikir dengan baik waktu tu..

bila sampai office je, aku congak2...peh, dapat free2 je RM2.40... wah, untung tu.. aku bukan la berkira sangat sebenarnya, tapi aku terasa sebab aku dah berhutang dengan 3 orang tadi dan aku langsung tak ingat muka diorang. dah pagi, gelap, samar2, mana aku nak ingat. apa pendapat korang?

huh..mencabar jugak hidup aku ni rupanya....

3 comments:

  1. ada beberapa persoalan dari penceritaan tadi.

    1. Meter teksi RM4.60, kenapa diminta bayar jumlah semua RM7?

    2. Kenapa penumpang pertama, kedua, ketiga kena bayar RM2 setiap seorang? kenapa penumpang keempat kena bayar RM1 aja? Adakah penumpang keempat itu senyum manja hinggakan dapat diskaun?

    3. Kenapa pemandu teksi minta RM7 semuanya padahal harga teksi adalah RM4.20?

    4. Kenapa penumpang keempat bukan sahaja dapat diskaun, malah dapat lebihan RM2.40?

    Jika ada lebihan dan tidak dapat pulangkan duit tersebut, maka wajar sedekah di masjid atau fakir miskin. :-)

    ReplyDelete
  2. oooooo....mr harzman cuba meletakkan sesuatu di bahuku...huhu... baik lah... akan difikirkan itu..

    ReplyDelete
  3. bukan meletak sesuatu beban di bahu, wahai saudari zu, akan tetapi menyapu wangian dari pahala yang diperolehi.... :-)

    ReplyDelete