Wednesday, March 2, 2011

LELAKI DAN BARAN...

aku terserempak dengan satu kemalangan kecil. motor yang berlanggar dengan motor. dua2 tergolek macam nangka busuk yang kalau korang makan jugak, uweeeeeekkkkkkkkkk.... huh.

kedua2 penunggang tu ok je, motor pun ok, masing2 angkat motor sendiri, bangunkan diri sendiri, tapi tiba2 budak tu kene tumbuk dengan cik abang yang muka memang bengis tahap beruang hutan...eh, ada ke nama beruang hutan, ah hentam jek la... ni nak menggambarkan betapa garangnya muka abang tu. fuyooooooooooooo.... konon macho la kot..

bagi aku amat memalukan la kan. sebagai seorang dewasa bertindak macam tu. dia tak puas hati sebab budak tu langgar dia, yang dia tu pun tak hati2 kenapa. dia sepatut boleh nasihat dengan cara berhemah, bukan nak melenting tak tentu pasal. releks la bro, cool je la.. apa main tumbuk2 ni... ish baran...baran...

"kau apa hal main langgar je. kau ada lesen tak, kau bawak motor sapa ni?!" wah, dah macam polis trafik la pulak... cuma tak pakai wesel jek..kihkihkih..

aku tengok kebanyakan lelaki dalam dunia ni memang baran. kadang2 tu kepala pakai serban pun angin macam ribut. maaf kepada yang berkenaan, aku bercakap berdasarkan apa yang kita boleh tengok sendiri sekeliling kita.

Islam kan mengajar kita tentang kesopanan dan ketenangan. bukan mengajar guna penumbuk abang yang macam tukul besi tu. silap2 ICU adik tu bukan sebab kemalangan tapi sebab penumbuk abang. lepas tu abang masuk lokap. wah, lagi best tu. nak merasa ke? kalau budak tu mati, terus je abang kene hukum gantung. hah, takut tak, takut tak? tu la... baran lagi...

kalau marah, Istighfar... ingat Allah... ok abang2 semua.. kalau kita baik dan hormat orang, orang pun akan hormat kita. tapi kalau kita parangai macam anak hantu, nanti jangan tanya kenapa tak ada orang nak buat baik dengan kita. apa pun, baran bukan la satu kejahatan, itu sifat manusia, cuma kalau tak dikawal, ia boleh menjadikan kita manusia yang menjahanamkan manusia lain...

ingat tu...

No comments:

Post a Comment