setia adalah perkataan yang suci... kita selalu setia pada agama, bangsa dan negara. kerana itu memang satu. macam mana pula dengan kesetiaan pada pasangan.
pernah tak korang keluar dengan pasangan tapi pandang lelaki atau perempuan lain? tak pernah? ish, susahnya nak percaya. terutama yang lelaki tu. pantang nampak yang gebu2 sikit, dahi licin, tak berkelip dipandangnya. oh, tak kelip tak pe ye... uiiiiiiii... bagusnya...
macam aku, walaupun aku perempan, aku pun pernah buat. ahaks...kantoi... tu pun kalau yang lalu depan aku tu macam fahrin ahmad la... kenapa aku kata fahrin ahmad, sebab ada kawan aku tu minat betul dengan pelakon tu. jadi aku pinjam nama fahrin tu dalam blog aku, bagi dia jeles.. ups....
sebenarnya kan, jeling tu bukan tanda curang, chewah...sebab aku buat aku cakap la macam tu.. tapi betul la. jangan ada yang marah aku pula lepas ni.ok,ok....aku minta maaf. perkara2 macam ni subjektif. dapat pasangan yang sporting, ok la. tapi kalau dapat yang kuat cemburu, habislah korang. kalau dah kahwin, kene la tidur luar, makan bungkus, iron baju sendiri, kunci jam sendiri... semua buat sendiri. berapa lama? ikut la tahap kecemburuan pasangan tu. kalau yang perempuan dihukum macam mana pula? oh, itu kene biar kaum adam yang jawab. aku tak tau, hehehe...
dunia sekarang penuh dugaan, bukan je lelaki, perempuan pun ada yang curang. tapi perempuan belajar semua tu daripada lelaki la.. tak percaya? tanya la mana2 perempuan, betul.... bersyukur la sekiranya korang dapat pasangan yang setia, beruntungnya...
dan aku nak buang tanggapan buruk yang selalu mengatakan lelaki yang kacak dan perempuan yang cun macam aku, uhuk,uhuk... terbatuk pulak. ulang balik... lelaki kacak dan perempuan yang cantik macam aku, uhuk,uhuk...sori tersedak... ok,ok.... hehehe.. aku nak cakap bahawa, lelaki dan perempuan yang ada rupa ni selalu dikatakan mempunyai peratus yang tinggi untuk curang...jangan la fikir macam tu. kesian kat aku dan fahrin ahmad yang ada dalam kelompok tu.. tak baik tau. tak semua macam tu, malah terlalu ramai lagi yang ada rupa dan setia... jangan sampai kecurigaan korang yang menyebabkan pasangan korang jemu dan pasang niat untuk curang. bahaya,bahaya....
sesungguhnya cinta ada 2 prinsip iaitu jujur dan percaya.. tu je...
dan sesungguhnya kawan aku yang minat sangat2 kat fahrin ahmad tu adalah diri aku di dalam cermin...kuang,kuang,kuang...
kalau sudah terjodoh dengan Fahrin, jangan lupa jemput. Dah lama tak makan nasi minyak kurang kolestrol...huhuhu.
ReplyDeleteshyyyyyyyyyyy....rahsia tau....huhuhu..
ReplyDelete